KUALA LUMPUR: Kartunis terkenal Ujang giat mengembangkan penjualan karyanya dalam aset digital NFT selepas melihat potensi dan peluang dalam sektor berkenaan.
Kini Ujang menjadi antara 10 pelukis tempatan yang terlaris dalam pasaran NFT.
Jelas Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, pada mulanya dia tidak pernah tahu mengenai selok belok NFT.
Namun sejak berdagang di pasaran berkenaan, nasib pelukis sepertinya berubah apabila hampir setiap hari ada saja hasil seninya terjual.
“Setakat ini, karya saya sudah terjual 148 keping, sangat terkejutlah.
"Apabila saya melihat jualan pertama dalam beberapa minggu cecah hampir 10,000, jadi saya rasa ini satu peluang yang baik juga untuk artis-artis Malaysia,” jelasnya.
Kata Ujang, NFT adalah satu pasaran yang bertepatan dengan perjuangannya lebih-lebih lagi berkaitan hak milik intelek.
“Banyak kelebihan dalam NFT, salah satunya yang saya nak tekankan adalah dari segi copyright dan ownership, ini yang saya hadapi bertahun-tahun dalam perjuangan harta intelek ini.
“Tapi dalam NFT ini, setiap karya akan ada tertera nama pemilikan, walaupun karya itu telah dijual berkali-kali dan pelukis masih menerima royalty,” ceritanya lagi.
Ujang yang terkenal dengan kartun Usop Sontorian dan Atuk, turut menggalakkan lebih ramai pelukis tempatan masuk ke pasaran NFT ini kerana ia membolehkan pereka artis untuk melindungi karya seni mereka, serta meletakkan harga atau nilai kepada aset mereka.
Azyyati Ahmad
Mon Feb 07 2022

Kata Ujang, NFT adalah satu pasaran yang bertepatan dengan perjuangannya lebih-lebih lagi berkaitan hak milik intelek. -Ujang

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Putin isytihar gencatan senjata unilateral selama tiga hari di Ukraine pada Mei
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral di Ukraine dari 8 hingga 10 Mei, sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman.

Karya Ujang antara terlaris dalam pasaran NFT
Ujang giat mengembangkan penjualan karyanya dalam aset digital NFT selepas melihat potensi dan peluang dalam sektor berkenaan membuahkan hasil.

Kartunis 'Aku Hidup Dalam Blues' Aie meninggal dunia
Pemilik nama asal, Saari Sulong, 48, itu dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Larut dalam kedewasaan Exists
Kumpulan Exists berjaya bawa ingatan peminat terhadap perjalanan seni mereka yang sudah berusia 28 tahun

28 September, detik penting buat Exists
Konsert Reunion Exists akan menjadi detik bermakna buat kesemua anggota Exists selepas 28 tahun ditubuhkan

Ujang Exists cipta sejarah, muncul dengan kayu dram siri Signature Promark
Apa yang istimewa, Ujang merupakan satu-satunya pemain dram Malaysia yang mempunyai signature stick Promark yang merupakan jenama terkenal di dunia.

Banyak yang saya nak buat, tetapi... - kisah kartunis Ujang terbitkan majalah dengan nama sendiri
Selepas 10 tahun berkarya di majalah Gila-Gila, Ujang merasakan dirinya mempunyai banyak idea yang tidak dapat diketengahkan.

Kenyataan Ujang tak berasas - MOY Publications
MOY Publications menyifatkan kenyataan Ibrahim Anon atau Ujang, tentang hak pemilikan majalah komik itu sebagai tidak berasas.

'Saya tetap lawan walaupun hanya dengan hasil karya saya' - Ujang
Penerbitan edisi bumper Ujang sempena hari raya menimbulkan pertelagahan peminat.

Tsunami Selat Sunda: Anggota Seventeen Herman pula disahkan terkorban
Berita pilu kembali meyelubungi kumpulan Seventeen disebabkan tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia.

Jibam cipta keajaiban, ada panggung kembali tayang filem itu
Sebelum ini filem Jibam hampir ditamatkan tayangan selepas seminggu masuk panggung.