KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara yang diunjurkan sekitar 5.5-6.5 peratus pada tahun ini mampu dicapai, dipacu oleh indikator-indikator positif termasuk pengurangan jumlah penganggur.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bilangan penggangur pada November 2021 menunjukkan trend menurun selepas mencatat seramai 694,400 orang berbanding 705,000 orang pada Oktober 2021.
Menurutnya, indikator lain seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara yang meningkat 9.4 peratus tahun ke tahun pada November 2021, dipacu oleh peningkatan dalam indeks pembuatan, elektrik dan perlombongan.
Malah, kata beliau, bagi tempoh sama, jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan paras tertinggi iaitu tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM118.1 bilion yang mengatasi paras bulan sebelumnya sebanyak RM116.2 bilion.
"Oleh itu, secara keseluruhannya kalau kita lihat petanda-petanda ini, ia jelas menunjukkan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu dapat dicapai. Kita juga dapat melihat lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta mengembalikan sentimen positif negara terutamanya selepas pandemik COVID-19.
"Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat tiga peratus tahun ke tahun manakala unjuran kerajaan bagi keseluruhan tahun tersebut adalah sekitar 3.0-4.0 peratus," kata beliau dalam program bual bicara Inklusif yang disiarkan di saluran TV1 pada malam tadi.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata walaupun negara masih berdepan dengan cabaran akibat pandemik COVID-19 pada tahun ini, tempoh itu sebaliknya juga merupakan tahun pemulihan ekonomi yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM322 bilion menerusi Bajet 2022 iaitu angka terbesar dalam sejarah negara.
"Fokus kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan membina daya tahan sektor perniagaan selain membina ekonomi agar lebih makmur dan mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Zafrul berkata, jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan paras tertinggi iaitu tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM118.1 bilion yang mengatasi paras bulan sebelumnya sebanyak RM116.2 bilion. - Foto BERNAMA

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.

Isteri terima kiriman mesej bukan-bukan, Caprice beri masa 24 jam untuk pengirim mohon maaf
Orang ramai boleh benci dirinya, tetapi jangan sesekali ganggu isteri dan anaknya, tegas Caprice.

AWANI Pagi: Bantuan kos operasi diperlukan demi penjagaan warga emas
Kekangan yang dihadapi rata-rata pusat penjagaan warga emas adalah kos operasi yang tidak mencukupi bagi melancarkan proses penjagaan mereka. Ikuti kisah Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia yang memerlukan bantuan dana demi menjaga warga emas yang terbiar.

Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

Malaysia berada di landasan capai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh dasar fiskal pengembangan kerajaan serta dasar monetari akomodatif.

Malaysia tidak berisiko terhadap kemelesetan ekonomi - Tengku Zafrul
Perbincangan mengenai kemelesetan ekonomi ketika ini adalah bersifat pramatang.

Sebahagian besar subsidi dinikmati golongan T20 - Tengku Zafrul
Antara manfaat dinikmati golongan T20 ialah sebahagian besar subsidi petroleum berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini.

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus.

Pemimpin zahir penghargaan sempena sambutan Hari Ibu
Beberapa pemimpin menzahirkan penghargaan kepada ibu masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei ini
Kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

Malaysia wakili 10 negara termasuk Singapura di Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri Kewangan
Malaysia diberi kepercayaan untuk mewakili Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.

Malaysia sambut baik tiga fokus perbincangan di mesyuarat FMCBG
Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan Ke-105 di Washington DC, Amerika Syarikat sempena Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia (IMF

Majlis Perniagaan ASEAN-AS mahu perkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan, BNM - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata US-ABC telah menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).