Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia dijangka berkembang antara lima dan 5.5 peratus pada 2018 yang didorong oleh permintaan domestik.
Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan dengan pelaburan dan penggunaan swasta berkembang 8.9 peratus dan 6.8 peratus manakala perbelanjaan sektor awam dijangka lebih rendah berikutan pengurangan perbelanjaan modal syarikat awam.
"Selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, defisit fiskal akan terus berkurangan kepada 2.8 peratus daripada KDNK pada 2018 daripada tiga peratus tahun ini," katanya.
Oleh itu, hutang Kerajaan Persekutuan akan kekal terurus di bawah had berhemat sebanyak 55 peratus daripada KDNK, menurut laporan itu.
Dari segi penawaran, katanya pertumbuhan dijangka menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif manakala kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal memberangsangkan disokong oleh perdagangan dan pertumbuhan global.
Katanya berdasarkan keadaan ini, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita semasa dijangka meningkat 5.1 peratus kepada RM42,777 pada tahun depan daripada RM40,713 tahun ini.
Beliau berkata, dengan kadar pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi, jurang simpanan-pelaburan akan berkurangan 2.3 peratus daripada PNK.
"Ekonomi terus beroperasi di bawah keadaan guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran di bawah empat peratus, manakala inflasi kekal rendah," katanya.
Katanya perkembangan ini akan terus mengukuhkan asas ekonomi dan daya tahan negara untuk terus memacu Malaysia ke arah sasaran sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan menggandakan saiz ekonomi kepada RM2 trilion menjelang 2025 seterusnya menyertai kedudukan 20 negara teratas dunia pada 2050.
Menurut laporan itu, ekonomi global dijangka berkembang 3.7 peratus pada tahun depan daripada 3.6 peratus tahun ini manakala ekonomi maju dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak dua peratus pada 2018 berbanding 2.2 peratus pada 2017 disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh.
Bagi negara yang berkembang pesat dan negara membangun, katanya KDNK dijangka meningkat 4.9 peratus pada tahun depan daripada 4.6 peratus tahun ini disokong oleh permintaan global yang lebih tinggi dan keyakinan pasaran yang semakin meningkat terutamanya di China, India dan ASEAN.
"Bagaimanapun, ekonomi global masih berdepan dengan risiko penurunan disebabkan ketidaktentuan dasar dalam ekonomi utama, peningkatan perlindungan, ketegangan geopolitik, kesan perubahan iklim dan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Pertumbuhan KDNK benar Malaysia dijangka berkembang antara lima dan 5.5 peratus pada 2018. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 3.4 peratus pada suku keempat 2023 - Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 3.4 peratus pada suku tahun keempat 2023, berbanding 3.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ekonomi negara berkembang 3.3 peratus adalah petunjuk positif - Rafizi
Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 daripada 2.9 peratus pada suku kedua 2023 adalah petunjuk positif, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
BNM: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4 peratus tahun ini, 4-5 peratus pada 2024
Ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Ekonomi Johor diunjur berkembang tiga hingga lima peratus pada 2021
Menurut Menteri Besar Johor, unjuran itu adalah berdasarkan kepada unjuran di peringkat nasional yang telah dikemaskinikan oleh BNM.
Ekonomi China berkembang pesat pada Oktober 2020 - Statistik Biro Kebangsaan
Ekonomi China berkembang pesat pada Oktober 2020 susulan langkah pemulihan berterusan dilakukan negara republik itu, lapor Statistik Biro Kebangsaan (NBS) pada Isnin.
KDNK benar Malaysia dijangka berkembang antara 5 dan 5.5 peratus pada 2018
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia dijangka berkembang antara lima dan 5.5 peratus pada 2018 yang didorong oleh permintaan domestik.