awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK disemak semula dalam satu hingga dua bulan - Gabenor BNM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/05/2025
04:50 MYT
KDNK disemak semula dalam satu hingga dua bulan - Gabenor BNM
Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang disemak semula dijangka diumum dalam tempoh satu hingga dua bulan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Beliau menjelaskan, unjuran baharu hanya akan dimuktamadkan selepas pihaknya memperoleh lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) serta hasil rundingan perdagangan antara Malaysia dan ekonomi terbesar dunia itu.
“Walaupun kami mempunyai pandangan dalaman terhadap unjuran KDNK, rundingan perdagangan masih berjalan dan hasilnya masih belum menentu. Semua ini boleh memberi kesan terhadap prospek ekonomi BNM. Kami akan muktamadkan unjuran baharu dalam satu hingga dua bulan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi negara pada suku pertama 2025 di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.
Untuk rekod, tarif timbal balas AS ke atas beberapa negara termasuk Malaysia telah ditangguhkan selama 90 hari, bermula 9 April hingga 8 Julai ini.
“Beberapa data masih perlu dikaji, termasuk keperluan mendapatkan kejelasan lanjut berhubung hasil rundingan semasa. Kami baru sahaja membuat unjuran pertumbuhan dan telah meletakkan andaian yang agak konservatif terhadap tarif AS.
“Namun, pengumuman tarif timbal balas tersebut berlaku di luar jangkaan,” ujar beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa BNM memerlukan lebih banyak maklumat dan data sebelum boleh memuktamadkan sebarang unjuran baharu.
Sebelum ini, unjuran pertumbuhan KDNK BNM bagi tahun 2025 berada dalam julat 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun ini kepada 4.1 peratus, berbanding 4.7 peratus sebelum ini, selari dengan penyusutan unjuran pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini.
Bank Dunia pula mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 3.9 peratus, daripada 4.5 peratus sebelum ini, sejajar dengan perkembangan semasa yang turut melibatkan perang perdagangan global.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami