KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk berkembang kira-kira empat peratus pada 2021 berikutan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan semalam.
Pakar ekonomi kanan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) Julia Goh dan ahli ekonomi Loke Siew Ting berkata tempoh anggaran bagi fasa yang dirancang itu adalah seiring dengan jangkaan bank berkenaan apabila ia menyemak turun unjuran KDNK tahun penuh kepada empat peratus untuk 2021 daripada lima peratus sebelum ini.
"Kami mengekalkan pandangan berhati-hati kerana risiko berkaitan pandemik akan terus meningkat ketika pelaksanaan vaksin adalah tertakluk kepada ketibaan bekalan vaksin yang tepat pada masanya," kata mereka menerusi nota ulasan ekonomi mengenai pelan pemulihan itu hari ini.
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah strategi peralihan keluar daripada pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang bertujuan memberi panduan kepada rakyat dan perniagaan untuk beberapa bulan akan datang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara bermula 1 Jun lepas dan dilanjutkan sehingga 28 Jun.
Pelan pemulihan ini turut menggariskan tiga indikator ambang utama iaitu bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi dan tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Berkongsi pandangan yang sama, ahli ekonomi OCBC Bank Wellian Wiranto berkata, setakat ini, kerajaan tidak menyatakan sebarang semakan semula ke atas unjuran awal KDNK pada enam hingga 7.5 peratus.
"Bagaimanapun, berdasarkan anggaran capaian hariannya dan andaian bahawa fasa pertama sekatan pergerakan ini tidak akan dilanjutkan, ia akan mencatatkan kira-kira dua mata peratusan, menjadikan bahagian terendah julat ramalan mereka adalah seiring dengan ramalan empat peratus kami," katanya.
BACA: Pelan Pemulihan Negara: Longgar PKP jika kes bawah 4,000 - PM
Sementara itu, Goh dan Loke mengekalkan saranan mereka ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk kekal pada 1.75 peratus sehingga akhir tahun ini.
"Dengan sokongan dasar yang berterusan termasuk sokongan fiskal terkumpul berjumlah RM380 bilion sejak tahun lepas, lebihan RM206 juta untuk dibelanjakan daripada Belanjawan 2021 dan penurunan kadar dasar 125 mata asas, kami menjangka Bank Negara Malaysia akan mengekalkan pendirian dasarnya pada masa ini," menurut mereka.
Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) pula menyifatkan, pelan pemulihan empat fasa itu mempunyai hala tuju yang jelas untuk membebaskan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
"Ia menyediakan strategi untuk melonggarkan sekatan dan memberi laluan kepada keadaan normal," menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amiruddin Abdul Shukor.
CEO Malaysian Bioeconomy Development Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak pula berkata, pelbagai inisiatif dan program organisasi itu akan menjadi pelengkap kepada strategi empat fasa kerajaan untuk mengembalikan negara kepada keadaan normal menjelang akhir 2021 berikutan impak pandemik COVID-19.
"Kami mempunyai rangka tindakan bioekonomi - dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2021 - yang mengukuhkan hala tuju pembangunan bioekonomi Malaysia pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021

Ahli ekonomi mengunjurkan KDNK Malaysia berkembang kira-kira empat peratus pada 2021 berikutan pengumuman Pelan Pemulihan Negara. - Gambar hiasan/BERNAMA

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Atasi isu hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara - Pakar
Penganalisis hartanah berkata isu lambakan hartanah tidak terjual berlaku sejak 2016, merentasi pelbagai kategori hartanah.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

Ekonomi Singapura naik 0.4 peratus pada suku pertama 2023 - MTI
Ekonomi Singapura meningkat 0.4 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama 2023, menyederhana daripada pengembangan 2.1 peratus pada suku sebelumnya.

Kerajaan akan fokus beberapa keutamaan untuk tangani isu kritikal tahun ini - Fahmi
Kerajaan Malaysia akan memfokus kepada beberapa keutamaan yang memainkan peranan penting dalam menangani isu kritikal pada tahun ini.

Subsidi elektrik: Pengunaan solar di kediaman domestik diperluaskan - Rafizi
Langkah tersebut bertepatan dengan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi elektrik agar ia dikekalkan kepada kumpulan B40 dan M40.

Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus
Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus.

Inovasi sebagai pengimbang masyarakat, enjin pertumbuhan Malaysia - Rafizi
Kajian menunjukkan peningkatan kapasiti inovasi sebanyak 1.0 peratus dianggarkan dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebanyak 0.36 peratus.

"LHDN mesti bersih, elak campur tangan mana-mana pihak" - PM Anwar
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti bersih tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam pengurusan lembaga itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.