Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perak merosot, sebaliknya KDNK negeri ini terus meningkat.
Beliau berkata pada 2010, KDNK per kapita Perak telah melonjak kepada RM18,207 atau 15.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dan angka itu terus melonjak kepada RM27,246 pada 2016.
Katanya KDNK pada harga malar meningkat daripada RM43.3 juta pada 2010 kepada RM60.4 juta pada 2016 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 5.7 peratus.
"Ini adalah bukti pencapaian dan kejayaan Barisan Nasional. Sudah tentu, sebelah sana tidak berpuas hati kerana angka-angka rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan tidak memihak kepadamereka," katanya pada sesi penggulungan Bajet Perak 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Zambry turut menafikan dakwaan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) bahawa pada 2009, KDNK per kapita Perak menjunam mendadak kepada RM14,457 atau 7.32 peratus.
"Berdasarkan angka Jabatan Perangkaan, KDNK per kapita Perak pada 2009 adalah RM15,809 dan bukan RM14,457 seperti yang didakwa," katanya.
Dalam pada itu, Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor berkata kerajaan negeri akan menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai yang menampilkan gaya hidup sihat dan bukan gaya hidup bebas dengan rokok dan arak.
Katanya kerajaan negeri juga mahu menjadikan pulau itu sebagai 'syurga keluarga' yang membolehkan pelancong yang datang ke pulau itu membeli-belah seperti pinggan mangkuk, pakaian berjenama dan coklat.
"Kita juga sedang membincangkan untuk menambah barangan seperti kristal, barang kemas, peralatan dapur, beg dan bagasi dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Zambry berkata kerajaan negeri akan menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai yang menampilkan gaya hidup sihat dan bukan gaya hidup bebas dengan rokok dan arak. - Gambar fail
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
KDNK Perak terus meningkat, kata Zambry
Beliau berkata pada 2010, KDNK per kapita Perak telah melonjak kepada RM18,207 atau 15.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dan angka itu terus melonjak kepada RM27,246 pada 2016.