awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK suku kedua 2024 Singapura berkembang 2.9 peratus mengikut unjuran awal - MTI

Bernama
Bernama
12/07/2024
06:37 MYT
KDNK suku kedua 2024 Singapura berkembang 2.9 peratus mengikut unjuran awal - MTI
Ekonomi Singapura berkembang pada 2.9 peratus tahun ke tahun bagi suku kedua 2024. - Foto Unsplash
SINGAPURA: Ekonomi Singapura berkembang pada 2.9 peratus tahun ke tahun bagi suku kedua 2024, meneruskan pertumbuhan 3.0 peratus pada suku sebelumnya.
Berdasarkan unjuran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura yang dikeluarkan pada Jumaat, ekonomi berkembang sebanyak 0.4 peratus suku ke suku susulan asas pelarasan bermusim, kadar yang lebih pantas daripada pengembangan 0.3 peratus pada suku pertama 2024.
Unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua 2024 sebahagian besarnya dikira daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku itu serta tertakluk kepada semakan apabila data yang lebih komprehensif tersedia.
Mengenai prestasi sektor, MTI menjelaskan sektor pembuatan berkembang 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2024, berbeza daripada penguncupan 1.7 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
"Pertumbuhan dalam sektor itu disokong oleh peningkatan keluaran merentas semua kluster pembuatan, kecuali bagi kluster kejuruteraan pembuatan dan kejituan bioperubatan," menurutnya.
MTI akan mengeluarkan unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2024, termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, guna tenaga dan produktiviti, dalam Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK Singapura
#ekonomi Singapura berkembang
#Kementerian Perdagangan dan Perusahaan
#unjuran awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan