awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Di mana Nurul Nazla?
Kerjasama strategik JTDC-Alibaba lahir pakar reka bentuk AI Johor
Lelaki miliki 17 rekod jenayah ditahan terlibat cubaan curi kabel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK suku ketiga 2025 diunjur tumbuh 5.1 peratus dipacu permintaan domestik - MBSB IB

Bernama
Bernama
13/11/2025
03:00 MYT
KDNK suku ketiga 2025 diunjur tumbuh 5.1 peratus dipacu permintaan domestik - MBSB IB
MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.1 peratus tahun ke tahun bagi suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus dalam suku kedua 2025. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.1 peratus tahun ke tahun bagi suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus dalam suku kedua 2025.
Bank pelaburan itu berkata, prestasi suku ketiga itu akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, peningkatan perbelanjaan isi rumah serta aktiviti pelaburan yang berterusan.
"Kami percaya pertumbuhan suku ketiga 2025 akan turut didorong oleh perdagangan luar yang kian meningkat, khususnya prestasi eksport lebih baik, didorong oleh aktiviti penghantaran awal dan mengurangkan ketidaktentuan susulan rundingan dengan Amerika Syarikat," katanya dalam nota tinjauannya hari ini.
Bagaimanapun, MBSB IB berkata, unjurannya bagi suku ketiga 2025 adalah rendah sedikit daripada anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu pertumbuhan 5.2 peratus tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh penyederhanaan dalam sektor perkhidmatan.
Bank Negara Malaysia dan DOSM dijadual mengumumkan angka KDNK bagi tempoh suku ketiga 2025, esok.
Bagi perdagangan luar, MBSB IB mengunjurkan aspek itu kembali pulih dan menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan ekonomi bagi suku ketiga 2025 dengan eksport barangan melonjak 93.6 peratus tahun ke tahun kepada lebihan yang ketara sebanyak RM50.3 bilion berbanding RM14.3 bilion dalam suku kedua 2025 dan RM26.0 bilion dalam suku ketiga 2024.
Menyentuh sektor perkhidmatan, bank pelaburan itu menjangkakan pertumbuhan lebih sederhana kepada 4.8 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025, berbanding unjuran awal dan pertumbuhan pada 5.1 peratus dicatatkan pada suku kedua 2025 yang disebabkan terutamanya oleh prestasi lemah aktiviti hartanah, kewangan dan insurans.
Bagi masa depan, MBSB IB menjangkakan pertumbuhan KDNK akan menyederhana pada suku keempat 2025 apabila kesan daripada aktiviti penghantaran awal itu mulai mereda.
Pada masa sama, bank pelaburan itu kekal berhati-hati terhadap kemungkinan ketegangan perdagangan dan geopolitik berulang semula dan boleh menjejaskan kestabilan serta menganggu perdagangan dan aktiviti rantaian bekalan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#KDNK suku ketiga
#permintaan domestik
#MBSB Investment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan