KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2023 dijangka pada kadar pertumbuhan yang lebih baik berbanding angka suku kedua 2023 meskipun ekonomi global yang mencabar, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berpandangan Malaysia akan mencapai pertumbuhan ketiga suku ke suku berturut-turut yang tidak berlaku pada tiga hingga empat tahun lepas.
"Saya optimistik angka itu akan menjadi lebih baik, terutama sejak keadaan ekonomi global diunjurkan bertambah baik pada 2024 hingga 2025," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 di sini, pada Rabu.
Rafizi berkata Malaysia tidak boleh lari daripada sifat kitaran ekonomi domestik serta ekonomi global, dan perlu memastikan ekonomi negara terus berkembang.
"Oleh itu, kita mesti menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan masalah struktur seperti paras hutang yang tinggi, keadaan fiskal dan pembaharuan pasaran buruh, supaya apabila ekonomi global meningkat mulai separuh kedua 2024 dan seterusnya, kita akan berada pada kedudukan terbaik untuk meraih manfaat daripadanya," katanya.
Sementara itu, Kempen Penyegar Dahaga RM1 adalah kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Atlas Vending Sdn Bhd, cabang mesin layan diri Etika Sdn Bhd.
Mengikut kerjasama itu, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Atlas Vending telah memperkenalkan mesin layan diri minuman RM1 pertama, dengan rakyat Malaysia boleh membeli Pepsi Black, air mineral botol dan Revive Isotonic pada harga RM1 sebotol.
Sejak pelancaran inisiatif mesin layan diri di bawah inisiatif IPR kerajaan, ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah telah dapat mendapat manfaat daripada pilihan makanan mampu milik yang disediakan vendor yang mengendalikan mesin layan diri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata dengan memanfaatkan status kumpulan itu sebagai pengendali mesin layan diri makanan dan minuman terbesar di seluruh Malaysia dan Singapura, impak inisiatif IPR RM1 dapat dirasai melalui 3,210 mesin yang ditempatkan di seluruh negara.
"Kami percaya setiap usaha yang kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar, dengan ini, kami memulakan usaha untuk memperkasakan komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Rafizi berpandangan Malaysia akan mencapai pertumbuhan ketiga suku ke suku berturut-turut yang tidak berlaku pada tiga hingga empat tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.