awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan ekonomi semasa beri impak jualan tiket F1

Bernama
Bernama
21/09/2016
23:12 MYT
Keadaan ekonomi semasa beri impak jualan tiket F1
Keadaan ekonomi semasa memberi kesan kepada penjualan tiket perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia khususnya dalam kalangan penonton tempatan. -Gambar fail
Keadaan ekonomi semasa memberi kesan kepada penjualan tiket perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia khususnya dalam kalangan penonton tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata situasi itu sememangnya tidak dijangkakan pihaknya yang mengharapkan ianya akan melebihi jumlah yang diperoleh daripada tempoh sama tahun lepas.
"Saya harap trend pembelian saat-saat akhir penonton tempatan akan melonjakkan jualan. Dari segi penonton antarabangsa, kita dapat lihat peningkatan dua peratus dari tahun ke tahun. Ini satu pertumbuhan yang baik khususnya untuk sektor pelancongan.
"Namun dari segi penonton tempatan, penjualan tiket agak perlahan. Saya harap dalam tempoh kurang daripada dua minggu ini, mereka akan mula membeli," kata Razlan dalam sidang akhbar pada sesi minum petang bersama media di sini hari ini.
Turut hadir, pelumba GP2 negara, Nabil Jeffri dan pelumba GP3, Akash Nandy.
Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan ke-16 Grand Prix F1 di Litar Sepang pada 30 Sept hingga 2 Okt ini.
Sebelum ini, sejak 2001 Malaysia menganjurkan perlumbaan grand prix itu di awal musim perlumbaan dan tahun ini merupakan kali pertama ia dipilih menganjurkan pusingan ke-16 iaitu kelima terakhir sebelum lengkap 21 pusingan perlumbaan musim 2016 ini.
Razlan berkata keadaan ekonomi global dan tempatan yang tidak menentu juga mungkin menjadi faktor penyusutan jualan tiket untuk perlumbaan tahun ini.
"Bagaimanapun, jualan tiket MotoGP tidak tergugat sangat. Sebaliknya mencatat peningkatan. Kedua-dua perlumbaan ini (F1 dan MotoGP) mempunyai pengikut yang berbeza," kata Razlan.
Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) pula akan berlangsung di Litar Sepang pada 28 hingga 30 Okt ini.
Dalam perkembangan lain, Razlan memberitahu peralatan pasukan F1 yang terlibat telah mula tiba di Litar Sepang hari ini dari Singapura melalui jalan darat.
"Ini kali pertama mereka datang ke Litar Sepang menggunakan jalan raya. Sebelum ini, kebiasaannya mereka gunakan pengangkutan udara mahupun laut. Ia sesuatu yang baru juga buat semua pasukan yang terlibat," katanya.
Menurut Razlan, kerja-kerja mempersiapkan kawasan litar untuk perlumbaan F1 masih giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada Ahad ini.
Semua pasukan F1 dijangka tiba pada Isnin depan - BERNAMA
Topic Berkaitan
#F1
#Grand Prix Formula Satu
#Razlan Razali
#Sepang International Circuit
#SIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan