awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST

Bernama
Bernama
15/01/2014
11:18 MYT
Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST
Secara umumnya rakyat masih keliru mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 15 April tahun depan, menurut tinjauan rambang Bernama di sekitar ibu negara.
Tinjauan di kawasan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dua dan Petaling Street di sini mendapati hanya lapan peratus daripada 60 responden mengakui memahami GST dan berpendapat ia sepatutnya dilaksanakan sejak dulu lagi.
Kira-kira 75 peratus lagi menyatakan tidak faham dengan GST dan bimbang pelaksanaannya akan membebankan sementara 17 peratus pula menjawab tidak tahu apa itu GST.
Rodzi Kamaruddin, 44, berkata beliau tidak tahu banyak tentang GST, mekanisme atau kesannya kepada kedudukan kewangan individu atau negara.
"Saya masih keliru. Maklumat yang ada terhad. Saya berpendapat GST perlu diterangkan secara terperinci kerana saya juga ingin mengetahui sedalam-dalamnya tentang kewajaran GST diperkenalkan," kata Rodzi, kerani di sebuah pejabat peguam di Jalan Masjid Jamek di sini.
Pemilik gerai Selera Minang di Medan Selera Jalan Duta, Masariman Zanur Ali berkata beliau hanya mengetahui tentang GST melalui saluran berita tetapi tidak peka akan fungsi pelaksanaannya.
“Namun mengikut pemahaman saya, GST merupakan cukai yang dikenakan bagi beberapa barang termasuk makanan segera yang ditawarkan di sini," katanya.
GST akan diperkenalkan kerajaan dengan kadar enam peratus, menggantikan sistem cukai kepenggunaan sedia ada yang termasuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.
Sehingga tahun 2009, GST dilaksanakan di 146 buah negara - Perancis menjadi negara pertama melaksanakannya pada tahun 1954.
Dalam kalangan negara Asean, Indonesia negara yang terawal melaksanakan GST iaitu pada tahun 1984, diikuti negara yang lain kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar.
Ahli perniagaan Nor Hazriana Othman, 37, berkata orang ramai keliru kerana kerajaan memberitahu GST adalah baik sedangkan pembangkang mengatakannya tidak baik, ini yang menambah rumitkan keadaan.
Pengurus Sumber Manusia Sheila Solomon, 40, pula bimbang pengenalan GST hanya akan menambah beban rakyat jika harga barang meningkat.
"Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan seperti yang dijalankan di negara lain," katanya.
Seorang pesara kerajaan Janaki Kaniappan menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat dan mereka harus dipantau dengan teliti untuk mengelakkan pengguna ditipu peniaga.
Mahasiswa Bryan Choi pula merasakan kerajaan masih belum pantas memberikan penjelasan dan maklumat mengenai GST dan berharap lebih banyak promosi mengenai perkara itu diadakan bagi menagkis tanggapan negatif mengenainya.
Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, Faudah Johari, ahli akademik, juga belum begitu faham mengenai GST dan masih belum bersedia untuk dibebankan dengan cukai baharu.
"Saya risau jika peniaga mengambil kesempatan selepas GST dilaksanakan. Saya rasa kerajaan perlu pastikan pendapatan rakyat ditingkatkan. Jika gaji rakyat tinggi, cukai tidak akan menjadi beban," katanya. -- Oleh Chandravathani Santhasivam dan Rohani Mohd Ibrahim
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2014
#cukai
#GST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan