Skip to main content

Bisnes

Kedah teliti cadangan bangunkan industri minyak dan gas di Kerpan

41436181278_MukhrizMahathir.jpg
Kerajaan Kedah sedang meneliti cadangan pelabur yang berhasrat membangunkan industri minyak dan gas di kawasan Kerpan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan negeri tidak mahu bertindak meluluskan cadangan itu secara melulu sebelum melihat impaknya daripada pelbagai aspek.

"Kita sedang tengok (menelitinya) secara mendalam...boleh atau tidak, sesuai atau tidak di kawasan itu, kesannya kepada alam sekitar dan peluang pekerjaan yang tentu ada impaknya," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun di sini, Sabtu.

Mukhriz turut berharap agar cadangan itu menjadi kenyataan sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Advertisement

Must Watch Video