BISNES
Kejayaan kewangan Islam Malaysia bukan kebetulan - Mohd Na'im
Kepimpinan, kebijaksanaan dan amanah golongan pakar telah memastikan setiap produk, instrumen serta inovasi kewangan Islam di Malaysia kekal berpaksikan prinsip Syariah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kejayaan dan keutuhan kewangan Islam yang dibanggakan Malaysia hari ini bukanlah lahir secara kebetulan sebaliknya dibina atas asas ilmu, integriti dan kepakaran Penasihat Syariah yang menjadi tunjang tatakelola industri.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kepimpinan, kebijaksanaan dan amanah golongan pakar itu telah memastikan setiap produk, instrumen serta inovasi kewangan Islam di Malaysia kekal berpaksikan prinsip Syariah.
"Mereka bukan sekadar penyemak hukum tetapi juga pembimbing moral dan strategik dalam mengekalkan keaslian sambil memacu inovasi," katanya ketika merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam ke-18 (KLIFF 2025) di sini hari ini.
Muzakarah anjuran Centre for Research and Training (CERT) itu menghimpunkan pembuat dasar kanan, tokoh syariah serta pemimpin industri bagi membincangkan isu berkaitan inovasi peraturan, pendigitalan, kelestarian dan ketetapan dalam kewangan Islam.
Mohd Na'im berkata Malaysia kini muncul sebagai peneraju global dalam kewangan Islam moden berikutan kepimpinan berwawasan, tadbir urus yang kukuh dan institusi yang mantap termasuk pengenalan Akta Perbankan Islam 1983 serta perkembangan pesat pelbagai institusi dan pasaran.
Antara pencapaian utama, katanya, perbankan Islam kini menyumbang 46.6 peratus kepada keseluruhan pembiayaan negara, pasaran modal Islam mencecah RM2.63 trilion merangkumi 62 peratus pasaran modal negara manakala Malaysia terus mendominasi pasaran sukuk global dengan hampir 45 peratus jumlah terbitan dunia.
"Malaysia tidak sekadar mengikuti arus global, kita membentuk arus tersebut dan ini menjadikan kewangan Islam sebagai lambang inovasi, integriti serta keterangkuman," katanya.
Beliau berkata pencapaian itu diperkukuhkan lagi melalui langkah-langkah strategik di bawah Belanjawan MADANI 2026 antaranya pelaksanaan Skim Geran Pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab (SRI) Sukuk dan Bon, peluasan insentif duti setem bagi perlindungan takaful mampu milik, pemerkasaan wakaf serta pembangunan inisiatif Global Tokenisasi Sukuk.
Mohd Na'im juga berkata Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk terus memimpin industri kewangan Islam terutama dalam memacu instrumen hijau seperti sukuk hijau, sukuk iklim serta pembiayaan berasaskan ESG selaras tuntutan global terhadap kelestarian keseimbangan dan pemeliharaan alam sekitar.
"Perubahan global bukan ancaman tetapi peluang emas untuk memperbaharui kewangan Islam agar lebih dinamik dan inklusif... dengan ilmu, nilai dan visi ini, Malaysia akan terus menjadi peneraju kewangan Islam dunia," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kewangan Islam Malaysia berjaya disokong melalui ilmu, integriti, dan kepakaran Penasihat Syariah, memastikan produk dan inovasi kewangan Islam berpaksikan prinsip Syariah.
- Malaysia, sebagai peneraju global dalam kewangan Islam moden, menyumbang 46.6% kepada pembiayaan negara, dengan pasaran modal Islam mencecah RM2.63 trilion dan mendominasi pasaran sukuk global.
- Langkah strategik termasuk pelaksanaan Skim Geran Pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab (SRI) Sukuk, pemerkasaan wakaf, serta pembangunan inisiatif Global Tokenisasi Sukuk, memperkuat kedudukan Malaysia dalam memimpin industri kewangan Islam.