awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekalkan pekerja asing untuk pemulihan perniagaan lebih pantas - EUROCHAM

Bernama
Bernama
22/07/2022
22:20 MYT
Kekalkan pekerja asing untuk pemulihan perniagaan lebih pantas - EUROCHAM
Mengekalkan ketersediaan pekerja asing dalam persekitaran ekonomi semasa adalah penting untuk pemulihan semua jenis perniagaan lebih pantas, kata Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EUROCHAM Malaysia). -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Mengekalkan ketersediaan pekerja asing dalam persekitaran ekonomi semasa adalah penting untuk pemulihan semua jenis perniagaan lebih pantas, kata Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EUROCHAM Malaysia).
Dalam satu kenyataan hari ini, EUROCHAM Malaysia berkata ia gembira bahawa syarikat Eropah memindahkan teknologi automasi terkini dari Eropah ke Malaysia secara berterusan untuk memaksimumkan produktiviti.
"Fasa peralihan ke endemik baru-baru ini serta pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa, membolehkan perniagaan mengembangkan operasi.
"Ekosistem perniagaan yang kondusif adalah kritikal untuk memastikan kemampanan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan," katanya.
Ia akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat.
"Sehubungan itu, komuniti perniagaan Eropah berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana menyokong pemulihan perniagaan secara aktif serta menangguhkan syarat bahawa sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja tempatan ditempatkan dalam sebuah syarikat selama dua tahun," katanya.
EUROCHAM Malaysia berkata ketersediaan pekerja dan kemahiran diakui sebagai faktor penentu untuk pelaburan langsung asing.
"Justeru, EUROCHAM Malaysia memuji keputusan kerajaan Malaysia dan akan berhubung dengan beberapa kementerian untuk menyokong usaha pengukuhan ekosistem buruh di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#pekerja asing
#EuroCham Malaysia
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan