Kelembapan ekonomi China mula memberi kesan kepada permintaan barangan negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, situasi itu sekali gus menyebabkan kegagalan sasaran pencapaian ekonomi negara.

Menurutnya, peningkatan sektor perdagangan negara kini juga menurun akibat kelembapan ekonomi China.

“Dalam konteks China, (mereka) pernah (mencapai kadar pertumbuhan)10 peratus.

“Semasa zaman lumayan ini, harga komoditi tinggi memberi manfaat kepada kita apabila negara China masih tumbuh dengan hebat tetapi perlahan sedikit.

“Maka ia memberi kesan kepada permintaan barangan buatan tempatan dan perdagangan kita. Kalau dulu ia meningkat mendadak, tetapi hari pertumbuhannya sedikit lembab,” kata Mustapa di taklimat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada ahli-ahli exco dan adun serta pegawai kerajaan di bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa.

Sebagai contoh katanya, negara mensasarkan perdagangan negara dengan China naik kepada USD160 bilion pada 2017 berbanding USD100 bilion sekarang.

Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua negara percaya, unjuran itu masih boleh dicapai.