CALON presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump mencatatkan sejumlah kemenangan mengejut di beberapa negeri termasuk Florida dan Ohio, sekali gus membuka ruang untuk dia selangkah lagi ke White House.
Perkembangan terbaharu itu turut menggegarkan bursa saham dunia pada Selasa yang sebelum ini mahukan calon presiden dari Parti Demokrat, Hillary Clinton untuk menang bagi memulihkan pasaran.
Dengan para pelabur bimbang kemenangan Trump akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan dunia, matawang dolar turut menjunam dan bursa-bursa saham Asia mula menunjukkan penurunan ketika diniagakan pagi ini.
LAPOR LANGSUNG: Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
Pungutan suara sebelum rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi semalam memihak kepada Clinton dengan majoriti tipis.
Turut jatuh, matawang Peso Mexico yang menunjukkan paras terendah serentak dengan petunjuk awal yang Trump akan memenangi persaingan kerusi presiden AS.
Ia juga dipengaruhi pendirian Trump ketika berkempen yang berkata akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan Mexico dan mahukan kerajaan Mexico membina tembok sempadan menggunakan wang cukai pekerja imigran negara itu yang bekerja di AS.
Trump sehingga kini menang di Florida, Ohio, Iowa dan North Carolina dan turut dijangka menang di Wisconsin.
Kedua-dua calon presiden memerlukan 270 undi daerah memilih atau Electoral College untuk menghuni Rumah Putih.
Agensi
Wed Nov 09 2016
Dengan para pelabur bimbang kemenangan Trump akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan dunia, matawang dolar turut menjunam. - Foto REUTERS/Mike Segar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kematian Navalny tragedi bagi Rusia - Hillary Clinton
Bekas Setiausaha Negara AS sifatkan, kematian Navalny amaran kepada mereka yang menganggap boleh "membuat perjanjian" dengan Putin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hillary Clinton umum positif COVID-19
Beliau turut memaklumkan bahawa suaminya bekas Presiden Bill Clinton telah diuji negatif dan berada dalam keadaan sihat.
Undi Elektoral sahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat
Biden menggambarkan keputusan itu sebagai satu kemenangan bagi demokrasi di Amerika Syarikat.
AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.
AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.
Trump atau Biden? Fahami perbezaan perjalanan Pilihan Raya Presiden AS
Jumlah undi paling banyak atau undi popular tidak menentukan seseorang calon memenangi jawatan Presiden.
AS Memilih: Memahami Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat disifatkan mencatat kelainan, berbanding sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.
Obama gesa Demokrat keluar beramai-ramai undi Biden
Obama mengingatkan pengundi mengenai kekalahan mengejut Hillary Clinton di tangan Trump pada pilihan raya presiden 2016 dan mendakwa sebahagiannya berpunca kerana ramai pengundi berasa amat yakin.
Trump sifatkan Biden calon terburuk dalam sejarah politik AS
Menurut Trump, beliau lebih banyak melakukan perubahan dalam tempoh 47 bulan sebagai presiden berbanding Biden iaitu 47 tahun.