SEPANG: Syarikat pemaju perumahan terkemuka di Malaysia, LBS Bina Group Bhd (LBS) meraikan pemilik-pemilik hartanahnya yang terpilih menerusi kempen LBS Fabulous Extra 2022/23 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk lima buah kereta Perodua Axia.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, susulan sambutan amat memberangsangkan pada kempen pertama yang berlangsung tahun lalu, justeru pihaknya meneruskan kempen LBS Fabulous kali ini dengan lebih banyak ganjaran kepada jumlah keseluruhan hadiah tersebut.

Beliau berkata, cabutan bertuah pertama bagi kempen LBS Fabulous Extra 2022/23 menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM400,000.

“Pembeli rumah LBS juga berpeluang menikmati insentif tambahan seperti yuran tempahan rendah, pengecualian cukai guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksi, yuran keluar sifar, dan pakej perabot.

“Selain itu, sebagai sebahagian daripada program kesetiaan LBS dan tanda penghargaan kepada para pembeli rumah kami, sebuah kerusi urut Ogawa Smart Reluxe Massage Chair bernilai RM10,999 turut disediakan pada majlis penyampaian hadiah hari ini,” katanya.

Hock San berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang LBS Fabulous di galeri jualan KITA @ Cybersouth, di sini, pada Sabtu.

Ganjaran hadiah utama ditingkatkan dengan lima buah kereta Perodua Axia selain hadiah menarik lain termasuk motosikal SM Sport 110, mesin basuh, peti sejuk, peralatan rumah, sistem hi-fi, dan pelbagai lagi.


Kempen LBS Fabulous rai pemilik rumah bertuah!

Pemenang kereta Perodua Axia, Mohammad Ashraff Annuar, 33, berkata, dia pada awalnya tidak percaya dan menyangka panggilan diterima daripada Perodua yang menyatakan dia memenangi kereta model Axia sebagai scam.

“Saya rasa macam scammer sebab kita pun tak jangka boleh menang hadiah sebesar kereta Axia.

"Jadi untuk pengesahan, saya pergi ke laman web dan Facebook LBS Bina Group untuk memastikan perkara ini.

"Mereka buat siaran langsung semalam (Jumaat) dan nama saya terpilih sebagai pemenang.

“Saya sangat bersyukur kerana terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Perodua Axia.

"Saya bercadang memberikannya kepada keluarga untuk kegunaan seharian mereka,” ujarnya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis sama.

Sementara itu, Falize Akmal Ahmad, 30, yang turut memenangi hadiah kereta model Axia selain sebuah kerusi urut Ogawa melahirkan rasa syukur dengan hadiah berganda diterima pada majlis tersebut.

“Rasa terkejut sangat sebab pada awalnya dimaklumkan memenangi kereta Axia sahaja, tapi apabila hadir pada majlis penyerahan pagi ini, diumumkan pula menang cabutan bertuah sebuah kerusi urut jenama Ogawa.

“Dapat kereta ini pun saya akan berikan kepada isteri supaya dia senang untuk berulang-alik pergi ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja.

"Malah saya tidak lagi risau kerana dia tidak perlu lagi menaiki motosikal untuk melakukan urusan seperti sebelum ini,” jelasnya.

Lebih menarik lagi, bakal pembeli rumah di perbandaran KITA @ Cybersouth yang membuat pembelian daripada 20 hingga 21 Mei ini turut berpeluang memenangi televisyen 40 inci secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700-81-8998 untuk pertanyaan mengenai produk dan kempen terkini atau layari galeri jualan virtual kami di sini.