KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd telah melancarkan model terulungnya, Proton X90 di Bangladesh, mewakili pasaran eksport keempat untuk model itu dengan penerimaan pembeli yang mantap.
Pengeluar kereta nasional itu melalui satu kenyataan menjelaskan dua varian X90, Flagship enam tempat duduk dan Premium, tujuh tempat duduk, ditawarkan kepada pembeli dengan 25 unit sudah didaftarkan kurang daripada dua minggu selepas pelancaran di Dhaka pada penghujung bulan lepas.
"Bersama-sama dengan Proton X70 yang juga boleh didapati di Bangladesh serta dengan lebih banyak tempahan telah disahkan dan dalam perancangan, Proton yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama kumpulan itu dapat mencipta niche pasaran sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Li Chunrong berkata Rancon Holdings Ltd, pengedar eksklusif untuk Proton di Bangladesh, sudah pun mewujudkan rangkaian jualan dan selepas jualan selain akan melabur dalam barisan pembuatan bagi memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan.
"Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan termasuk komitmen kami bagi menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi tiga jenama teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Proton berkata komponen penting untuk mencapainya sasarannya di Bangladesh ialah penubuhan barisan pemasangan memandangkan operasi disasarkan bermula seawal 2024, dengan standard pengeluaran serta outputnya sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjong Malim.
"Untuk memastikan produk kualiti dalam pasaran eksport yang mempunyai pemasangan tempatan adalah sama seperti kenderaan yang dibina di Malaysia, Proton bersandar pada pengalamannya dalam menggunakan Volvo Global Quality Standard, yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti produk kami," tambah Li.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Proton berkata komponen penting untuk mencapainya sasarannya di Bangladesh ialah penubuhan barisan pemasangan memandangkan operasi disasarkan bermula seawal 2024. - Gambar Proton
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Kemunculan sulung Proton X90 di Bangladesh, 25 unit didaftarkan
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model terulungnya, Proton X90 di Bangladesh, mewakili pasaran eksport keempat untuk model itu dengan penerimaan pembeli yang mantap.
Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.
Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City
Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.