KUALA LUMPUR: Peningkatan had hutang statutori kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bertujuan membolehkan kerajaan mempunyai lebih banyak ruang untuk membiayai defisit bajet dalam jangka sederhana serta menampung pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.
Ketika menegaskan kepentingan langkah itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun had hutang itu dinaikkan kepada 65 peratus, apa yang lebih utama adalah kemampuan kerajaan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
"Jikalau kita bertindak secara melulu dengan tiba-tiba tidak mahu berbelanja atau membuat polisi fiskal yang mengembang, maka ekonomi kita (sebaliknya) tidak dapat pulih lebih cepat daripada yang diharapkan.
"Oleh itu, tanggung jawab utama kerajaan adalah untuk memastikan kedudukan kewangannya kekal stabil supaya ia bersedia serta berupaya melaksanakan langkah kitaran balas sekiranya krisis berlaku," katanya dalam program wawancara khas 'Bajet 2022 Dari Rakyat Untuk Rakyat' yang disiarkan di Bernama TV dan Astro AWANI, malam tadi.
Tengku Zafrul berkata, unjuran hasil kerajaan bagi 2022 adalah tidak mencukupi untuk membiayai kesemua program-program diumumkan dalam Bajet 2022 pada Jumaat, terutama bagi projek-projek besar.
Menurutnya, berikutan itu kerajaan akan mempunyai defisit sebanyak 6.0 peratus berdasarkan pertumbuhan KDNK sekitar 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun depan.
"Ini lebih daripada defisit tahun ini yang diunjurkan 6.5 peratus. Tapi, oleh kerana KDNK kita dijangka bertambah baik pada tahun depan, ini membantu menurunkan kadar defisit walaupun kita mempunyai polisi fiskal mengembang dengan jumlah peruntukan RM332.1 bilion.
"Oleh itu, 6.0 peratus ini lebih kurang RM100 bilion defisit yang perlu kita biaya melalui hutang. Alhamdulillah, kita mempunyai keupayaan untuk meminjam pada tahun depan," katanya.
Menurutnya, ketika pengumumuan Bajet 2021, kerajaan menjangkakan bahawa 2022 sebagai tahun pemulihan.
Bagaimanapun, katanya, bajet tersebut dirangka sebelum penghasilan vaksin COVID-19 serta kewujudan varian-varian baharu seperti Delta.
"Sehubungan itu, kita tidak boleh menganggap situasi ini tidak boleh berlaku. Kita perlu sentiasa menjangkakan keadaan itu dan perlu ada perancangan lain," katanya.
Beliau menegaskan atas alasan itu, Dewan Rakyat pada 11 Oktober lepas telah meluluskan peningkatan had siling Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion serta kenaikan had hutang statutori Kerajaan Persekutuan kepada 65 peratus daripada KDNK berbanding 60 peratus.
"Menerusi kelulusan ini, kerajaan telah mempunyai ruang untuk meminjam dan berbelanja lebih demi membantu dan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan," katanya.
Menyentuh cabaran utama menyediakan Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata ia melibatkan aspek merangka belanjawan yang mampu memenuhi keperluan pelbagai pihak, terutama apabila kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membantu rakyat serta perniagaan sejak tahun lepas.
Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat semalam yang melibatkan peruntukan RM332.1 bilion iaitu tertinggi berbanding sebelum ini dengan menumpukan usaha memulihkan setiap segmen sosioekonomi negara ini.
Jumlah itu merangkumi RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Unjuran hasil kerajaan bagi 2022 adalah tidak mencukupi untuk membiayai kesemua program-program diumumkan dalam Bajet 2022. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.