awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda

Dagang News
Dagang News
04/07/2022
04:45 MYT
Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Gamuda kekal sebagai salah satu pilihan utama untuk sektor pembinaan berdasarkan tempahan yang dimiliki selain kekuatan dalam melindungi margin keuntungan walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan ketidakstabilan harga bahan mentah di pasaran tidak akan menjejaskan margin keuntungan Gamuda Berhad.
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya merangkumi klausa peningkatan kos di dalam kontraknya.
Katanya, menerusi klausa itu, Gamuda boleh menyalurkan peningkatan kos bahan mentah kepada pelanggan mereka.
"Semasa pengumuman pendapatan 3QFY22 minggu lalu, pihak pengurusan memberi bayangan bahawa lonjakan kos dari segi bahan mentah, buruh dan bahan api memberi kesan minimum kepada margin keuntungan mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menganugerahkan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) bernilai RM1.97 bilion kepada Gamuda.
Projek itu menjadikan kumpulan sebagai kontraktor utama untuk membina loji rawatan air dengan kapasiti 700 juta liter sehari (MLD) berhampiran Tanjung Dua Belas serta struktur takungan berkapasiti 1,400 MLD untuk mengeluarkan air mentah tambahan dari bekas kolam perlombongan di Taman Putra Permai, Puchong.
Firma itu berkata, Gamuda kekal sebagai salah satu pilihan utama untuk sektor pembinaan berdasarkan tempahan yang dimiliki selain kekuatannya dalam melindungi margin keuntungan walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah.
Katanya, keyakinan itu adalah berdasarkan tempahan projek berjumlah 59.2% di Australia daripada tempahan semasa dan prospek untuk mendapatkan lebih banyak projek di Land Down Under.
"Kami juga percaya kerjasamanya dengan MMC untuk mendapatkan pakej terbesar projek MRT3 di CMC303 bernilai RM14.29 bilion.
"Kami juga menantikan penjualan konsesi lebuh rayanya kepada Amanat Lebuhraya Rakyat yang dijangka siap menjelang Ogos 2022 yang akan mengukuhkan kedudukan tunai mereka kepada RM1 bilion berbanding hutang bersih semasa RM1.1 bilion," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.02 - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MIDF Research
#Gamuda
#harga bahan mentah
#margin keuntungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan