UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Kenanga gariskan 3 risiko utama bakal dihadapi pemain industri sawit dalam masa terdekat

Paras inventori yang meningkat, permintaan beralih kepada minyak kacang soya serta kebimbangan persekitaran, sosial dan tadbir (ESG) dijangka mendatangkan risiko buat pemain industri sawit.

Dagang News
Tue Oct 05 2021
Kenanga gariskan 3 risiko utama bakal dihadapi pemain industri sawit dalam masa terdekat
Paras inventori yang meningkat, permintaan beralih kepada minyak kacang soya serta kebimbangan persekitaran, sosial dan tadbir (ESG) dijangka mendatangkan risiko buat pemain industri sawit dalam masa terdekat ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Paras inventori yang meningkat, permintaan beralih kepada minyak kacang soya serta kebimbangan persekitaran, sosial dan tadbir (ESG) dijangka mendatangkan risiko buat pemain industri sawit dalam masa terdekat ini. 

Bagi penganalisis di Kenanga Research, Adrian Kok, perbezaan premium minyak kacang soya dan minyak sawit mentah (MSM) pula dijangka tidak dapat memberi sokongan kepada harga MSM. 

Dalam masa sama, penganalisis itu juga tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan percukaian yang lebih tinggi ke atas pemain industri, terutamanya melibatkan cukai durian runtuh.  

Bagi aspek inventori, setakat Ogos 2021, paras tersebut telah melompat kepada kira-kira 1.87 juta setiap metrik tan (MT), lonjakan sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Kok tidak menolak kemungkinan ia mampu meningkat lebih tinggi kepada kira-kira 2.0 MT dan seterusnya memberi tekanan ke atas harga MSM. 

“Daripada paras tertinggi pada Mei, harga MSM telah menyusut 28% pada Jun 2021 kepada paras terendah sekitar RM3,500 MT.


"Sejak itu harga tersebut telah mencatatkan pemulihan dengan lonjakan 34% dan kini diniagakan pada kira-kira RM4,600 MT. 

“Namun, dalam tempoh sama, indeks Perladangan KL (KLPLN) menyusut 5% dan hubung kait antara harga MSM dengan KLPLN hanya 12%, di mana kami melihat disebabkan oleh kebimbangan ESG dan pengeluaran,” jelas Kok dalam satu nota penyelidikan. 

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan permintaan minyak masak akan beralih kepada minyak kacang soya daripada minyak kelapa sawit semasa musim sejuk. 

Seperti yang dijelaskan Kok berhubung perbezaan premium bagi kedua-dua produk tersebut yang tidak dapat menyokong harga MSM, beliau juga menjangkakan situasi itu akan menggalakkan lagi peralihan permintaan minyak masak. 

Pemain industri sawit di Malaysia pula berdepan risiko penguatkuasaan cukai yang lebih tinggi susulan pendirian kerajaan untuk meningkatkan hasil cukai yang berkemungkinan melonjakkan percukaian durian runtuh.

“Semasa perjumpaan kami dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOA), mereka berharap agar kerajaan menangani isu struktur percukaian semasa, dengan meningkatkan ambang cukai durian runtuh lebih tinggi. 

“Namun, melihatkan hasrat jelas kerajaan untuk meningkatkan hasil cukai, kami fikir terdapat risiko bahawa kadar cukai durian runtuh akan dinaikkan lebih tinggi,” kata Kok lagi.

Firma itu kekal ‘neutral’ ke atas sektor berkenaan dengan unjuran harga MSM kekal pada kadar RM3,700 MT untuk tahun ini.
 

*Berita asal di Dagang News
#MPOA#pemain industri sawit#Kenanga Research#minyak kacang soya
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan

Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan

Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala

PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled

Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid

[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan

Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan

Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah

SAPP keluar, PN Sabah lemah

Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.

Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP

Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul

Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari

Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari

AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA

Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA

Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian.
Malaysia, pemain minyak sawit bertaraf dunia - MPOA

Malaysia, pemain minyak sawit bertaraf dunia - MPOA

Minyak sawit antara beberapa sektor cemerlang yang membolehkan Malaysia menjadi pemain bertaraf dunia.
MPOA lancar piagam perlindungan pekerja

MPOA lancar piagam perlindungan pekerja

Industri kelapa sawit Malaysia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman pengurusan Eropah yang menghargai dan menghormati hak pekerja.
Kenanga gariskan 3 risiko utama bakal dihadapi pemain industri sawit dalam masa terdekat

Kenanga gariskan 3 risiko utama bakal dihadapi pemain industri sawit dalam masa terdekat

Paras inventori yang meningkat, permintaan beralih kepada minyak kacang soya serta kebimbangan persekitaran, sosial dan tadbir (ESG) dijangka mendatangkan risiko buat pemain industri sawit.
UK harus buka pasaran lebih luas bagi minyak sawit Malaysia - MPOA

UK harus buka pasaran lebih luas bagi minyak sawit Malaysia - MPOA

Malaysia memiliki sistem yang baik untuk mematuhi pelbagai undang-undang perlindungan alam sekitar, hak buruh dan keselamatan di tempat kerja.
MPOA sambut baik Pelan Rekalibrasi PATI, tampung kekurangan tenaga kerja

MPOA sambut baik Pelan Rekalibrasi PATI, tampung kekurangan tenaga kerja

MPOA menyambut baik tawaran kerajaan berhubung Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
Harga melonjak sehingga RM3,000 setan, pendapatan peneroka sawit bertambah

Harga melonjak sehingga RM3,000 setan, pendapatan peneroka sawit bertambah

Kenaikan harga kelapa sawit ternyata memberi berita gembira kepada pekebun kecil termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).