awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenanga Investment jangka harga minyak kekal tinggi akibat krisis berterusan Rusia-Ukraine

Dagang News
Dagang News
05/04/2022
00:30 MYT
Kenanga Investment jangka harga minyak kekal tinggi akibat krisis berterusan Rusia-Ukraine
Kenanga Investment mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent secara purata bagi tahun 2022-2023 sebanyak AS$90 setong selaras dengan jangkaan harga pasaran. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Kenanga Investment menjangkakan harga minyak akan kekal tinggi untuk jangka masa terdekat ini kesan daripada krisis berterusan Rusia-Ukraine yang menyebabkan keadaan tidak menentu terhadap bekalan minyak global.
Firma penyelidikan itu berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan inventori minyak yang rendah, ditambah pula dengan pengambilan stok secara agresif dalam persekitaran permintaan tinggi dan keengganan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam memperkenalkan semula bekalan tambahan ke dalam pasaran.
“Kami mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent secara purata bagi tahun 2022-2023 sebanyak AS$90 (RM380) setong selaras dengan jangkaan harga pasaran.
"Bagaimanapun, sebenar masih bergantung kepada tahap sekatan yang dikenakan serta maklum balas daripada pengeluar minyak lain," katanya dalam satu nota kajian, pada Isnin.
Firma penyelidikan itu juga mengunjurkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menormalisasikan perbelanjaan modal (capex) kepada RM40 hingga RM50 bilion setahun bagi tahun ini dengan aktiviti huluan tempatan dijangka menjadi pelaburan terbesar walaupun dengan peningkatan penggunaan tenaga diperbaharui.
Di peringkat global, firma penyelidikan itu menjangkakan perbelanjaan modal dalam penerokaan dan pengeluaran (E&P) global akan diteruskan untuk fasa pemulihannya.
"Kami berpendapat sektor itu masih belum mencapai paras harga stabil sepenuhnya dengan kenaikan berlaku dalam tempoh singkat,” katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor itu dengan Petronas Chemicals Group Berhad pada harga sasaran (TP) RM11.00 sesaham.
Hibiscus Petroleum Berhad dianggap dapat meraih keuntungan menerusi harga minyak manakala Dayang Enterprise Holdings Berhad dengan TP RM1.00 sesaham manakala Uzma Berhad dengan TP RM0.68 ketika pemulihan perdagangan sedang berlaku ketika ini. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#harga minyak
#krisis Rusia-Ukraine
#bekalan minyak global
#OPEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan