KUALA LUMPUR: Apakah yang menyebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh berbanding mata wang kita dan ringgit makin kurang nilainya berbanding dolar AS?
Menurut penjelasan mudah daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia disebabkan kadar faedah Rizab Persekutuan AS meningkat hingga empat peratus.
Katanya, apabila kadarnya tinggi, pelabur akan lebih cenderung untuk melabur di negara itu kerana pulangannya lebih besar berbanding negara-negara lain yang kadar faedahnya lebih rendah.
Pada ketika sama, kerana keadaan ekonomi semasa yang terganggu, banyak negara termasuklah Malaysia tidak mampu meningkatkan kadar faedah setinggi AS dan kerana kemampuan ekonomi yang tidak sekuat AS.
“Kalau kita melabur di sesebuah negara, kalau pulangannya 4 peratus berbanding 2.75 peratus, wang akan pergi ke negara yang 4 peratus terutama negara itu risikonya lebih kurang kerana mungkin ia negara maju.
“Bila pelabur bawa dana mereka masuk ke AS, jadi ringgit akan jadi lagi lemah sebab duit akan keluar dari negara kita dan menyebabkan kekuatan dolar AS itu,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Ahad.
Malaysia sudah meningkatkan 100 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun ini, berdasarkan inflasi semasa negara dan pada masa sama bagi menyeimbangi kenaikan agresif kadar Rizab Persekutuan AS.
Kenaikan OPR juga tidak dapat dielak bagi memastikan pasaran Malaysia terus berdaya tahan dalam usaha menarik pelabur.
Begitu pun, tegas Tengku Zafrul, penyusutan ringgit berbanding dolar AS tidak eksklusif, sebaliknya banyak mata wang utama dunia yang lain turut susut berbanding mata wang AS itu.
“Kita sebuah negara terbuka, nisbah dagangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita 120 peratus.
“Kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang berdagang dengan kita, dengan mata wang lain, sebenarnya mata wang kita telah meningkat.”
Beliau memberi contoh, antaranya berbanding Yen Jepun, ringgit sudah naik 13 peratus, kemudian dengan pound sterling, ringgit telah naik 5.5 peratus, begitu juga dengan yuan China dan dolar Australia.
“Yang penting adalah keadaan asas-asas ekonomi kita terus kukuh dan ini yang akan tentukan kekuatan serta kestabilan mata wang kita dalam jangka masa panjang,” kata Tengku Zafrul lagi.
Israr Khalid
Mon Nov 14 2022

TENGKU ZAFRUL: Penyusutan ringgit berbanding dolar AS tidak eksklusif, sebaliknya banyak mata wang utama dunia yang lain turut susut berbanding dolar AS. -Astro AWANI

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Tiga punca isu kekurangan guru masih belum selesai - Pensyarah UKM
Nisbah guru-murid Malaysia antara yang terbaik berbanding negara maju, anehnya kita masih dirundung masalah tak cukup guru.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Oh Ei Sun
Dua negara yang sama-sama harmoni dalam kepelbagaian masyarakatnya wajar jadi peneraju usaha keamanan di pentas antarabangsa.

WEF2023: Perlu wujudkan pusat sehenti pemudah cara pelabur - Tengku Zafrul
Ia perlu dilakukan dengan kerjasama antara kementerian untuk mewujudkan ekosistem yang memberi keselesaan berurusniaga.

WEF2023: Model ekonomi berasaskan KDNK mungkin sudah tak relevan - Dr Jemilah Mahmood
Kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesejahteraan rakyatnya, bukan berapa banyak perolehan kewangannya semata-mata.

Tidak kisah dilabel 'Menteri Tandas', janji khidmat berkualiti - Nga Kor Ming
Tandas awam adalah cerminan kemajuan sesebuah negara, imej awal Malaysia kepada pelancong.

Sabah perlu kembali fokus, manfaatkan pembangunan Nusantara - Azri Ibrahim
Perkembangan terbaharu di Kalimantan di mana Indonesia sedang membangunkan ibu negara baharunya Nusantara harus diteroka.

PAU2022: Untuk kembali harmoni, serahkan keputusan kepada akar umbi - Bastien Onn
Bastien Onn yakin proses demokrasi sahaja yang dapat menyatukan dua pihak yang berbeza pendapat dalam parti itu ketika ini.

PAU2022: Jawatan Presiden, Timb Presiden perlu dipertandingkan - Ketua Pemuda UMNO Subang
UMNO perlu tunjuk kepada rakyat bahawa mereka benar-benar mahu berubah dengan tidak takut untuk berdepan pertukaran pucuk pimpinan.

Isu pengangkutan awam: Anthony Loke jamin respons lebih cepat
Beliau mahu rasa kebertanggungjawaban wujud pada setiap peringkat supaya segala permasalahan ditangani dengan lebih efisyen.

Kerap turun padang untuk terap budaya kebertanggungjawaban - Anthony Loke
Sebagai menteri, harus tunjuk teladan baik supaya segala permasalahan rakyat diberi respons dan tindakan segera.