awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan EU legakan sektor pelancongan - MiTDA

Eton Khir
Eton Khir
09/07/2021
02:20 MYT
Keputusan EU legakan sektor pelancongan - MiTDA
Fathir turut berharap perbincangan akan diadakan dengan Arab Saudi berhubung status jemaah haji yang menerima suntikan vaksin Sinovac. - Foto Facebook/Dr Fathir Badri Alhadad
KUALA LUMPUR: Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan penerima vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di fasiliti selain diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk melancong ke negara anggota itu.
Setiausaha Agung Kehormat, Dr Fathir Badri Alhadad menyatakan, pihaknya sedia untuk menghantar pelancong Malaysia ke negara-negara Eropah sebaik sahaja sempadan negara dibuka untuk sektor berkenaan.
Beliau juga percaya mereka yang berada di luar negara turut berbesar hati untuk menerima rakyat Malaysia melancong ke negara mereka.
“Apabila kami menerima laporan berkaitan dengan penerimaan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk melancong ke negara Eropah, kami amat gembira dan menyambut baik keputusan yang disampaikan oleh delegasi Kesatuan Eropah.
“Mereka menjelaskan ianya adalah fasiliti AstraZeneca yang terletak di Korea Selatan dan Thailand yang belum didaftarkan oleh Kesatuan Eropah. Bukan vaksin tersebut yang tidak diterima oleh Kesatuan Eropah. Jadi isu seperti ini, boleh diselesaikan oleh pihak AstraZeneca dan Kesatuan Eropah sendiri,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam masa sama, beliau berharap kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Arab Saudi berhubung status jemaah haji yang menerima suntikan vaksin Sinovac.
“Begitu juga yang berlaku dengan vaksin Sinovac yang mana vaksin tersebut telah diterima dan diiktiraf oleh WHO tetapi belum diterima pakai oleh negara Arab Saudi.
“Dan perkara ini memang menjadi satu isu kepada kita, rakyat Malaysia sebab ramai antara kita yang mendapat suntikan vaksin Sinovac. Jadi apabila kita tidak pergi menunaikan umrah atau haji disebabkan oleh vaksin Sinovac ianya memang akan mengganggu kita sebagai orang Islam” katanya.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca kepada jemaah haji sebagai syarat untuk memasuki negara itu.
Vaksin AstraZeneca | 'Keputusan EU legakan sektor pelancongan' - MITDA
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#EU
#WHO
#Islam
#umrah
#Thailand
#Arab Saudi
#Langkawi
#Korea Selatan
#ekonomi
#pelancongan
#Haji
#rakyat Malaysia
#pelancong
#Kesatuan Eropah
#Korea
#Korea Utara
#Malaysia
#vaksin
#AstraZeneca
#Pfizer-BioNTech
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan