KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, kata seorang peniaga.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar kepada 4.3970/3995 daripada penutupan Rabu pada 4.4120/4150.
Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed menaikkan kadar faedah kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.
"Kini terdapat lebih kejelasan akan keputusan Fed yang menunjukkan mereka mahu fokus kepada memerangi inflasi.
"Berdasarkan unjuran terbaru mereka, Kadar Dana Fed dijangka mencapai 3.50 peratus menjelang akhir tahun dan ini bermakna 175 mata asas lagi akan diumumkan pada baki tahun 2022," katanya kepada Bernama.
Pada 2023, Kadar Dana Fed boleh mencapai antara 3.75 peratus dan 4.00 peratus, manakala pada 2024 ia mungkin turun kepada 3.25 peratus hingga 3.50 peratus, katanya.
Mohd Afzanizam berkata kadar kenaikan kadar faedah akan perlahan pada masa hadapan dan mereka mungkin mahu menghentikannya buat seketika pada 2023.
Justeru, ia menambah ini sepatutnya melegakan pasaran bahawa Fed komited untuk membawa pendirian dasar monetari mereka ke dalam zon sekatan yang boleh membawa kepada penyederhanaan dalam kadar inflasi.
Susulan daripada keputusan Fed, beliau berkata aset berisiko seperti pasaran ekuiti menyokong keputusan itu dengan barometer utama -- SP 500 melantun semula sebanyak 1.46 peratus untuk ditutup pada 3,789.99 mata manakala sekuriti Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun, masing-masing meningkat sebanyak 24 dan 19 mata asas untuk ditutup pada 3.19 peratus dan 3.28 peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu meningkat nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.1697/1720 daripada penutup Rabu 3.1732/1758, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2750/2773 daripada 3.2815/2840 dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.5962/5988 daripada 4.6277/6309 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3542/3573 daripada 5.3323/3360 pada penutup Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Ringgit meningkat nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.1697/1720 daripada penutup Rabu 3.1732/1758, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2750/2773 daripada 3.2815/2840. - Gambar hiasan
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Bursa Malaysia rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.59 mata kepada 1,530.83 daripada 1,538.42 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam.