Kerajaan akan memuktamadkan penyeragaman peraturan dan cukai antara sektor perhotelan dan Airbnb dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan itu perlu disegerakan sebagai langkah memberi nafas baharu dalam sektor pelancongan, selain sebahagian daripada proses pra pemulihan ekonomi negara.
Katanya, tidak dinafikan, pemain industri hotel menanggung beban kesan pandemik COVID-19 lebih tinggi berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.
"Justeru, beberapa perbincangan telah dan sedang diadakan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta kerajaan negeri bersama jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali yang ditugaskan untuk menyelesaikan karenah sebegini," katanya.
Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Sesi Perbincangan serta Libat Urus 'Industri Pelancongan: Sebelum dan Selepas COVID-19', di sini, malam tadi.
"Kita di dalam perniagaan ini ada konsep untuk berlaku adil pada semua. Jadi, kalau satu komponen itu dikenakan pelbagai peraturan, sambil satu sektor lagi tidak, sudah pasti ini tidak adil.
"Dalam konteks itu, jika ada apa-apa yang dapat dibantu oleh KSN, kita sampaikan kepada KSN, mungkin KSN boleh bantu menyegerakan keputusan yang perlu dibuat dalam tempoh terdekat," katanya.
Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Jabatan Perdana Menteri Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen dan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) Tan Sri Dr Azlan Ghazali.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, kerajaan sedia membantu negeri melonjakkan sektor pelancongan menerusi penyaluran peruntukan bagi menaik taraf produk sedia ada.
Katanya, ia merangkumi pelbagai sektor termasuk pembangunan, seperti penyuraian trafik serta menyelenggara produk pelancongan sedia ada.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Sep 13 2020

Mustapa berkata, kerajaan sedia membantu negeri melonjakkan sektor pelancongan menerusi penyaluran peruntukan bagi menaik taraf produk sedia ada. - Astro AWANI

Ujian Puspakom: Pemilik kenderaan perdagangan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada ejen
Pemeriksaan Puspakom perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk dipandu di jalan raya.

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.

Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.

Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.

Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa didakwa sembunyi kamera dalam soket dinding
Airbnb berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

MOTAC jalankan penyelidikan perkukuh garis panduan industri pelancongan
MOTAC memaklumkan, tindakan itu bertujuan membangunkan industri pelancongan yang mampan memandangkan ia merupakan salah satu kuasa utama dalam ekonomi negara.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

Bagaimana untuk 'eat well and spend less' ketika cuti inap - Edisi snek
Inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.

Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan
Menurut CEO Airbnb Brian Chesky, inisiatif tersebut akan dibiayai oleh syarikat perkhidmatan penyewaan itu.

Rumah agam Shah Rukh Khan dijadikan rumah penginapan
Rumah agam milik aktor ternama Bollywood, Shah Rukh Khan dan pasangannya Gauri di New Delhi, India bakal dijadikan rumah penginapan.

Kerajaan akan seragam segera peraturan, cukai hotel dan Airbnb
Katanya, tidak dinafikan, pemain industri hotel menanggung beban kesan pandemik COVID-19 lebih tinggi berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.

Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA
Airbnb memuji tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa insentif khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi.