KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) dengan negara lain, terutama negara yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi dengan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, walaupun kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan penyelesaian mata wang tempatan dengan memberikan fleksibiliti dasar, pilihan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian rentas sempadan adalah tertakluk kepada keperluan dan keputusan perniagaan swasta.
"Seperti negara-negara lain yang terlibat dalam 'rantaian bekalan global' yang dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional, mata wang Amerika Syarikat masih menjadi pilihan utama bagi syarikat-syarikat swasta antarabangsa untuk penyelesaian transaksi perdagangan antarabangsa atas pelbagai faktor.
"Antaranya, kelebihan mata wang Amerika Syarikat yang diterima secara global dan kecairan pasaran yang mendalam serta kos efektif.
"Ini menyumbang kepada kebergantungan semasa penyelesaian dalam mata wang Amerika Syarikat sebanyak 82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penyelesaian perdagangan setakat Ogos 2023," katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Parlimen, pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata, dalam kalangan negara ASEAN, BNM bekerjasama dengan Bank of Thailand (BOT) dan Bank Indonesia (BI) untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan melalui LCSF.
Kerjasama LCSF yang ditubuhkan dengan Thailand dan Indonesia adalah untuk meningkatkan akses pengimport dan pengeksport Malaysia kepada baht Thailand dan rupiah Indonesia.
Sim berkata, secara keseluruhannya, penyelesaian dalam mata wang tempatan dua hala antara Malaysia dengan Thailand dan Indonesia telah menunjukkan peningkatan dari 12.8 peratus pada tahun 2016 ke 19.6 peratus setakat Ogos 2023 bagi Thailand, dan peningkatan dari 12.5 peratus pada tahun 2017 ke 16.7 peratus setakat Ogos 2023 bagi Indoesia sejak penubuhan LCSF.
Selain itu, beliau berkata, BNM juga meningkatkan penggunaan mata wang serantau melalui kerjasama dengan People's Bank of China (PBC) sejak sedekad lepas.
"Antara inisiatifnya untuk memudahkan penyelesaian transaksi perdagangan antarabangsa dalam mata wang renminbi ialah perjanjian pengaturan swap mata wang dua hala dan skim Pelabur Institusi Asing yang Layak (2009), urus niaga mata wang renminbi-ringgit secara langsung (2010), Pengaturan Cagaran Rentas Sempadan dan Kemudahan Kecairan Renminbi (2013).
"Pelantikan Bank of China Malaysia sebagai bank penjelasan Renminbi (Renminbi Clearing Bank) sejak tahun 2015 juga memudahkan akses institusi kewangan Malaysia ke dalam pasaran kewangan China," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Sim berkata, dalam kalangan negara ASEAN, BNM bekerjasama dengan BOT dan BI untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan melalui LCSF. - Gambar fail/Bernama

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Kira-kira 109 bas dari Johor berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Penilaian ancaman penculikan di Laut Sulu-Sulawesi tunjuk trend positif - ESSCOM
Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif.
AWANI Pagi: Amalan Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui Dalam Kehidupan
Bersama dua pakar dari UMPSA, Prof Madya Ts Dr. Herma Dina Setiabudi dan Ts. Mohd Nurul Akla Mohd Azlan mengenai bagaimana mengadaptasi amalan lestari dan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam kehidupan seharian.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Kemajuan kewangan Islam Malaysia akan menjayakan peralihan kewangan hijau - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan berkaitan cabaran iklim.

Sebahagian pembiayaan baharu bank tempatan akan seiring dengan aktiviti sokongan iklim - Gabenor BNM
Pada masa ini wujud tumpuan yang semakin meningkat dan tindakan berkaitan iklim yang konkrit diambil oleh institusi kewangan di Malaysia.

Pemain pasaran perlu main peranan untuk menstabilkan ringgit - BNM
Pemain dan peserta pasaran perlu mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 Nov
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4 peratus tahun ini, 4-5 peratus pada 2024
Ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara.

BNM unjur ekonomi Malaysia berkembang 4 peratus bagi 2023
Pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berkembang berikutan prospek pekerjaan dan pendapatan yang stabil.

Bank Negara dilihat akan terus kekal OPR 3 peratus pada 2024
MIDF Research berpendapat persekitaran luaran akan terus mencabar pada tahun depan dalam keadaan ketegangan geopolitik.

BNM kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

BNM dijangka kekalkan OPR pada paras semasa - Juwai IQI
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 3.0 peratus dalam Pernyataan Dasar Monetari keenam dan terakhir untuk 2023 pada Khamis.