KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menyokong pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) sebagaimana yang telah dirancangkan bagi menggalakkan sektor pelaburan selain merancakkan pembangunan ekonomi.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata sehingga Jun 2022, projek pembangunan DELAPAN dalam kawasan SBEZ misalnya telah berjaya memeterai tiga perjanjian pelaburan strategik hartanah dengan nilai kumulatif bernilai RM7.2 bilion bagi projek-projek berkaitan.
"Projek-projek tersebut adalah Projek Pembangunan Depoh Lori dan Pelepasan Dalaman oleh syarikat PKT Logistik Sdn Bhd (PKT) pada Disember 2019; Projek Pembangunan Kompleks Kilang Sarung Tangan Nitril Bersepadu oleh syarikat Hartalega Bhd (Hartalega) pada Mac 2021 dan Projek Ibusawat Pertukaran Internet (IX) dan Pusat Data pada Disember 2021," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Menurut Yamani Hafez, projek pembangunan hartanah di SBEZ di Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang meliputi kawasan seluas hampir 11,800 ekar, adalah inisiatif berimpak tinggi yang dirancang bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah.
"Penglibatan secara langsung pihak Kementerian Kewangan dalam projek pembangunan SBEZ Bukit Kayu Hitam ini adalah melalui entiti milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu Northern Gateway Sdn Bhd (NGX) selaku pemaju utama projek pembangunan hartanah DELAPAN (atau dahulunya dikenali sebagai Kota Perdana).
"Ini meliputi kawasan seluas 4,400 ekar atau 38 peratus daripada jumlah keluasan SBEZ Bukit Kayu Hitam," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Wira Othman Aziz mengenai status terkini SBEZ di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan sama ada kerajaan berhasrat meneruskan pembangunan di kawasan tersebut seperti dalam perancangan asal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Menurut Yamani Hafez, projek pembangunan hartanah di SBEZ di Bukit Kayu Hitam, Kedah adalah inisiatif berimpak tinggi yang dirancang bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah. - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kerajaan akan terus sokong pembangunan zon ekonomi sempadan khas seperti dirancang - Yamani Hafez
Kerajaan akan terus menyokong pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) sebagaimana yang telah dirancangkan bagi menggalakkan sektor pelaburan.
ADB akan mulakan kajian mengenai Zon Ekonomi Khas Sempadan pada Januari
Bank Pembangunan Asia (ADB) akan memulakan kajian tinjauan mengenai Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Januari depan.