awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan anggar kutipan Cukai Makmur sekurang-kurangnya RM3 bilion

Bernama
Bernama
02/11/2021
07:22 MYT
Kerajaan anggar kutipan Cukai Makmur sekurang-kurangnya RM3 bilion
Yamani Hafez berkata kerajaan menganggarkan untuk memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan untuk memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.
Beliau berkata Cukai Makmur dilaksanakan hasil cadangan banyak pihak yang mahukan syarikat yang tidak terkesan dengan pandemik COVID-19 mengambil bahagian dalam usaha memulihkan ekonomi negara.
"Biarpun secara amnya, kenaikan itu sebanyak sembilan peratus, ia adalah secara 'one-off' dan agak berpatutan memandangkan syarikat masih lagi memperoleh keuntungan yang tinggi dalam tempoh dua tahun sebelumnya.
"Ia dilaksanakan secara adil dan tidak menyasarkan kepada industri atau sektor tertentu sahaja," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu mengenai anggaran jumlah yang bakal diperoleh kerajaan melalui pelaksanaan Cukai Makmur.
Menerusi Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.
Dalam pada itu, Yamani berkata kerajaan belum melaksanakan Cukai Keuntungan Modal secara menyeluruh, termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan pasaran modal.
"Kerajaan juga tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai harta pusaka atau cukai warisan sebagai langkah untuk menambah hasil negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Cukai Makmur
#Yamani Hafez Musa
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan