awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan - Mustapa

Bernama
Bernama
18/07/2021
00:39 MYT
Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan - Mustapa
Beliau berkata ini berikutan banyak projek yang sudah disediakan peruntukan mengalami perubahan daripada aspek kos susulan berlaku kenaikan harga bahan binaan dan tanah. - Foto BERNAMA
BACHOK: Kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara yang belum dimulakan terutama dari segi kos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Unit Perancang Ekonomi dan pihak Kementerian Kewangan akan mengkaji semua projek khususnya yang belum mula lagi tetapi sudah ada peruntukan dan tindakan akan diambil mengenai hala tuju semua projek ini," katanya pada sidang media Pelaksanaan Projek Infra Jalan di Kelantan semalam.
Beliau berkata ini berikutan banyak projek yang sudah disediakan peruntukan mengalami perubahan daripada aspek kos susulan berlaku kenaikan harga bahan binaan dan tanah.
Katanya Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan permohonan kontraktor mengenai peruntukan tambahan akibat kenaikan harga bahan binaan pada satu mesyuarat yang dipengerusikan beliau serta Ketua Setiausaha Negara minggu lepas.
Mustapa berkata proses pelaksanaan projek juga 'bergerak' perlahan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan setiap projek pembinaan jalan raya di Kelantan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 serta Rolling Plan Pertama akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan.
Mustapa berkata ini termasuk 10 projek bagi meningkatkan infra jalan di luar bandar yang melibatkan peruntukan RM297 juta secara keseluruhan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun selepas pelaksanaan.
"Empat daripada 10 projek itu telah dikeluarkan surat setuju terima (SST) dengan tarikh milik tapak pada Ogos dan Disember ini yang melibatkan kos sebanyak RM183.8 juta manakala selebihnya masih dalam tindakan Jabatan Kerja Raya iaitu di peringkat perancangan serta reka bentuk dan menjangkakan enam projek tersebut dikeluarkan SST pada tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2022," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan komited untuk memastikan lebuh raya baharu iaitu Central Spine Road (CSR) atau Lebuh Raya Utama Tengah, yang menghubungkan Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Pahang, dapat dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seterusnya mencapai sasaran menyiapkan projek itu pada 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek pembinaan
#Mustapa Mohamed
#Unit Perancang Ekonomi
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan