awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih kekalkan dasar AP kereta terpakai - Mustapa

Bernama
Bernama
07/07/2015
01:02 MYT
Kerajaan masih kekalkan dasar AP kereta terpakai - Mustapa
MUSTAPA: Pemansuhan dasar AP masih dalam kajian dan ia adalah agak rumit.
Kerajaan masih mengekalkan dasar Permit Import (AP) untuk kereta terpakai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pemansuhan dasar tersebut masih dalam kajian dan ia adalah agak rumit.
"Buat masa ini, dasar semasa masih lagi terpakai. Kita ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikan," katanya kepada pemberita, Isnin.
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan kementerian dan pelajar sekolah Tahfiz Darul Muhibbin dan Tahfiz Sains Fatimah Al Zahrah, di sini.
Pada majlis itu, Mustapa turut menyampaikan sumbangan raya kepada seramai 30 pelajar sekolah berkenaan.
Turut hadir dua Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Lee Chee Leong dan Datuk Ir Hamim Samuri.
Sementara itu, katanya kerajaan telah mengenal pasti eksport komponen kenderaan sebagai sektor yang berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara berbanding eksport kenderaan.
"Dalam konteks pasaran Malaysia yang agak matang, untuk kita mencapai pertumbuhan 10 peratus agak sukar.
"Kita rasa potensi lebih besar untuk mengeksport komponen automotif dan terdapat beberapa buah syarikat Malaysia yang berjaya mengeksport komponen kereta," katanya.
Topic Berkaitan
#AP
#Mustapa Mohamed
#permit import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan