awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu beri tumpuan kepada tingkatkan tahap celik kewangan selepas pilihan raya - MyLIFE

Bernama
Bernama
17/11/2022
05:12 MYT
Kerajaan perlu beri tumpuan kepada tingkatkan tahap celik kewangan selepas pilihan raya - MyLIFE
Menurut MyLIFE, kerajaan juga perlu memastikan pemimpin Malaysia bertanggungjawab dalam peranan mereka dengan berintegriti dan mengelak rasuah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan tahap celik kewangan, membasmi kemiskinan, menghapuskan rasuah dan menggalakkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam perniagaan selepas pilihan raya.
Persatuan Literasi dalam Pendidikan Kewangan Malaysia, sering dikenali sebagai MyLIFE, dalam membuat gesaan itu, berkata ini akan membantu Malaysia ke arah menjadi negara yang lebih baik dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Sehubungan itu, penting untuk menyediakan pendidikan kewangan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar pengajian tinggi, menurut MyLIFE dalam kenyataan hari ini.
Ia turut menggesa kerajaan untuk membimbing dan membantu rakyat Malaysia dalam membina semula dana persaraan mereka berikutan cabaran ekonomi semasa dan pandemik COVID-19.
Katanya kerajaan perlu mencari jalan untuk mendidik setiap keluarga Malaysia dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kewangan mereka serta menyokong pemilik perniagaan dari segi pemulihan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi mereka.
Menurut MyLIFE, kerajaan juga perlu memastikan pemimpin Malaysia bertanggungjawab dalam peranan mereka dengan berintegriti dan mengelak rasuah serta membuka potensi generasi muda untuk peluang pekerjaan dan laluan kerjaya yang lebih luas.
Katanya semua strategi ini akan memainkan peranan yang besar dari segi pertumbuhan ekonomi yang boleh membawa kepada keselamatan ekonomi yang lebih baik untuk semua.
MyLIFE telah ditubuhkan pada 2019 oleh sekumpulan profesional yang mengambil tindakan proaktif untuk meningkatkan tahap celik kewangan rakyat Malaysia melalui pendidikan dan aktiviti yang komprehensif.
Ia menyokong Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 dan komited untuk membantu dalam pelaksanaan yang cekap untuk strategi nasional yang diwujudkan oleh Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), yang diterajui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Menurut MyLIFE, ia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam mengemas kini dasar dan pelan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#celik kewangan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#pemimpin bertanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan