KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menyokong pelaksanaan projek infrastruktur berteraskan rakyat menggunakan instrumen kuasi-fiskal di samping mengurangkan pendedahan risiko berikutan ruang fiskal yang semakin mengecil.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, kerajaan telah menggariskan pembaharuan kemampanan fiskal untuk memperbaiki tadbir urus dan memperkemas kewangan awam sebagai pemangkin utama ke arah mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif, selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI.
Menurutnya terbitan jaminan kerajaan (GG) sentiasa dinilai semula dan langkah berhemat terus diambil ke atas terbitan GG baharu untuk mengurus risiko dan pendedahan.
Kerajaan juga akan menambah baik pelaporan risiko kewangan, dengan mengambil kira pemberian jaminan di bawah Akta 61 dan Akta 96 selari dengan keperluan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang sedang digubal.
Tambahan pula, had ke atas jaminan kewangan kerajaan akan diperkenalkan, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan fiskal dan risiko yang berhemat, katanya.
Laporan itu menjelaskan, dalam jangka sederhana, liabiliti lain diunjur menyederhana berikutan langkah tertentu termasuk penilaian semula pendekatan pelaksanaan perkongsian awam-swasta (PPP) melalui rangka kerja PPP 3.0, memperkemas rangka kerja dasar dan garis panduan sedia ada, serta memastikan peruntukan mencukupi disediakan bagi pembayaran obligasi dan komitmen.
Di samping itu, FRA yang akan digubal memerlukan penilaian atas pendedahan risiko kerajaan dan seterusnya meyediakan pelan mitigasi bersesuaian.
Laporan itu menjelaskan, sehingga akhir Jun 2023, pendedahan hutang dan liabiliti berjumlah RM1,508.6 bilion atau 81.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), manakala jumlah GG terkumpul kekal sebanyak RM317.9 bilion atau 17.2 peratus daripada KDNK.
Bagi tempoh yang sama, katanya komitmen jaminan telah berkurang kepada RM221.4 bilion berbanding RM224.1 bilion pada 2022, dan jumlah terkumpul komitmen kewangan bagi 105 projek PPP meningkat sedikit kepada RM93.8 bilion (2022: RM92.1 bilion)..Obligasi kewangan bagi inisiatif kewangan swasta (PFI) adalah berjumlah RM45.9 bilion (2022: RM47.1 bilion), kata laporan itu.
Obligasi terkumpul PBLT Sdn Bhd (untuk memperbaiki kuarters perumahan, membina pusat latihan dan menaik taraf balai polis seperti yang telah disarankan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia) adalah RM2.5 bilion (2022: RM3 bilion) untuk tempoh yang sama.- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Menurut laporan itu, terbitan GG sentiasa dinilai semula dan langkah berhemat terus diambil ke atas terbitan GG baharu untuk mengurus risiko dan pendedahan. - Gambar fail/Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.