awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti, elak gaji, elaun pekerja dipotong - MTUC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/05/2022
05:45 MYT
Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti, elak gaji, elaun pekerja dipotong - MTUC
Cadangan pelaksanaan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.
Pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, cadangan itu bersesuaian kepada beberapa industri sahaja.
Dalam masa sama, yang menjadi kebimbangan beliau ialah wujudnya kesan negatif kepada pekerja seperti pemotongan gaji, elaun dan lain-lain.
"Ada industri yang relevan bekerja empat hari seminggu, ada sektor yang tidak relevan kerja empat hari seminggu.
"Malahan, ada syarikat-syarikat multinasional telah laksana kerja empat hari seminggu tetapi kilang akan beroperasi tujuh hari seminggu.
"Tetapi ia tidak akan berlaku kepada kumpulan PKS, sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan yang mungkin tidak relevan empat hari seminggu.
"Bagi MTUC, kita cadangkan supaya perkara ini diperhalusi semua pihak termasuk majikan, pekerja mahupun kerajaan supaya kita tidak mahu nanti apabila kerja empat hari seminggu dilaksanakan, nanti ada majikan-majikan yang lakukan perkara-perkara seperti pemotongan gaji elaun," katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI.
Ikuti temu bual tersebut:
Niaga AWANI: Kerja 4 hari | MTUC bimbang nasib pekerja terjejas
Baru-baru ini, portal berita Nikkei Asia melaporkan, firma-firma dan kerajaan seluruh Asia kini sedang cuba melaksanakan idea tempoh bekerja empat hari seminggu, namun, secara berhati hati.
Usaha melaksanakan idea itu tercetus susulan kajian yang mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.
Portal itu turut melaporkan, Jepun antara negara yang terkenal dengan budaya kerja lebih masa, kini cuba melaksanakan sistem baharu itu dengan beberapa syarikat gergasi mengorak langkah pertama.
Topic Berkaitan
#Mohd Effendy Abdul Ghani
#kerja 4 hari seminggu
#potong gaji
#MTUC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan