Skip to main content

Bisnes

Kerjasama Malaysia-Huawei diperkukuh pacu agenda digital negara - PM Anwar

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1531608184987410&set=pcb.1531608378320724
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan barisan kepimpinan Huawei yang diketuai Presiden Rantau Asia Pasifik, Terry He.

KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara kerajaan dan syarikat teknologi global terus diperkukuh bagi memacu agenda pendigitalan negara serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama barisan kepimpinan Huawei yang diketuai Presiden Rantau Asia Pasifik, Terry He, dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun.

Advertisement

Menurut beliau, pertemuan tersebut membuka ruang penting untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju masa depan digital negara, selain mengukuhkan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Huawei yang diketuai Presiden Rantau Asia Pasifik Terry He, dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau menambah, kerajaan komited untuk terus memacu agenda ekonomi MADANI melalui pendekatan kerjasama awam-swasta serta pembangunan bakat dalam bidang digital.

“Usaha ini penting bagi memastikan kemajuan teknologi diterjemahkan kepada manfaat yang inklusif, agar tiada rakyat Malaysia yang terpinggir dalam era digital,” ujarnya.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan pemerkasaan industri tempatan turut menjadi keutamaan dalam memastikan ekosistem digital negara berkembang secara mampan dan berdaya saing.

Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mempercepat transformasi digital negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi di rantau ini.

Must Watch Video