awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keropok lekor mula tembusi pasaran kota London

Bernama
Bernama
15/03/2013
00:41 MYT
Keropok lekor mula tembusi pasaran kota London
Keropok lekor Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah, berjaya menembusi pasaran London di United Kingdom apabila Persatuan Restoran-Restoran Malaysia di sana menempah satu kontena setiap bulan untuk jualan mulai Februari tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata penghantaran keropok itu dibuat melalui anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) iaitu syarikat Cakna.
"Mereka (pengusaha di England) minta import daripada kita satu kontena seberat lebih kurang satu tan keropok lekor yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000 setiap bulan mulai bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Sebelum itu, beliau menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama (MoA) bagi program pendidikan dan latihan keusahawanan antara YPU dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini Khamis.
Timbalan Canselor OUM Profesor Emeritus Anuwar Ali mewakili OUM manakala Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik mewakili YPU pada majlis tersebut.
Mohamed, yang juga pengerusi lembaga YPU, berkata keropok lekor pertama kali diperkenalkan di London adalah pada tahun lepas ketika rombongan kerajaan negeri mengadakan pameran di sana.
"Kini, lebih kurang 13 restoran Malaysia di sekitar London menjadikan keropok sebagai satu daripada menu di restoran masing-masing," katanya.
Mohamed berkata keropok lekor yang telah digoreng dijual pada harga lapan pound sterling atau lebih kurang RM40 satu piring di restoran-restoran di Kota London dan ini adalah satu perkembangan yang baik kepada pengusaha keropok di negeri ini pada masa akan datang.
Beliau berkata seorang bekas pelajar Malaysia kelahiran Kelantan yang menetap di London, yang juga Presiden Persatuan Restoran-Restoran Malaysia menjadi pembekal keropok Terengganu kepada restoran di sana.
Apa pun, beliau berkata satu lagi makanan tradisi Terengganu, Nasi Dagang juga dicuba di sana namun masih belum berjaya, di mana ia cuma dihidangkan sekali dalam seminggu di restoran-restoran itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu lagi francais makanan, T-Kafe akan dibuka oleh kerajaan negeri di Perth, Australia dalam masa terdekat ini, menjadikan dua buah semuanya T-Kafe dibuka di negara Kangaroo setakat ini.
Beliau berkata YPU menyasarkan lebih banyak T-Kafe akan dibuka di negara itu pada masa depan sekiranya T-Kafe yang ada ini mendapat sambutan dan berdaya maju di luar negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohamed Awang Tera
#keropok lekor
#London
#Persatuan Restoran-Restoran Malaysia
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan