Kerugian bersih perkhidmatan kurier nasional, Pos Malaysia merosot dengan ketara sebanyak 61 peratus kepada RM19.02 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 berbanding suku tahun sebelumnya.
Perolehan naik kepada RM606.1 juta daripada RM573.0 juta sebelum ini, didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kurier dan tarif pos yang lebih tinggi.
Syarikat itu telah mengubah tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Dis.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pos Malaysia berkata kerugian sebelum cukai susut 8.6 peratus kepada RM14.1 juta.
Syarikat itu turut mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) bulanan pertamanya pada Jun 2020, yang pertama sejak Januari 2019.
"Perolehan perniagaan kurier naik 20 peratus pada suku kedua 2020 berbanding suku tahun sama pada 2019 dengan permintaan meningkat daripada e-dagang dan pasaran dalam talian.
"Perniagaan mel menyaksikan perolehan meningkat 25 peratus berikutan tarif pos baharu yang dilaksanakan pada Februari 2020, walaupun jumlah mel merosot pada April berikutan pandemik COVID-19," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor berkata syarikat berada pada landasan pemulihan yang kukuh berikutan ia menyasarkan untuk melaksanakan pelan transformasinya untuk mencapai keuntungan yang mampan.
Beliau berkata Pos Malaysia menyaksikan jumlah kurier yang lebih tinggi daripada biasa walaupun selepas sekatan pergerakan dilonggarkan dan menjangka trend ini akan berterusan sepanjang tahun ini.
"Pelaburan kami yang berterusan dalam pendigitalan, automasi dan penyumberan awam penghantar kurier akan menjadi penting untuk mengembangkan perniagaan kami, kapasiti dan kelajuan pemprosesan, untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam ekonomi yang dipacu digital ini.
"Perjalanan transformasi kumpulan menunjukkan kemajuan yang kukuh dan membolehkan perniagaan menghadapi cabaran dan menangani perubahan tata laku pengguna berikutan perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam landskap perniagaan disebabkan COVID-19," katanya.
Pos Malaysia mengendalikan secara purata 487,000 bungkusan sehari, mencecah 800,000 pada suku kedua 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020

Pos Malaysia mengendalikan secara purata 487,000 bungkusan sehari, mencecah 800,000 pada suku kedua 2020.

AWANI Ringkas: 5,000 katil di PKRC belum digunakan | WEF 2021 membuka tirai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

COVID-19: Wanita Malaysia antara 41 kes import di Singapura
Pemegang permit kerja yang tiba dari negara asalnya itu dilabelkan sebagai Kes 59586.

UMNO Tanjung Malim lapor polis kain rentang desak Zahid letak jawatan
Laporan polis dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River pada 9.43 malam tadi.

Niaga AWANI: Tidak ada sebut tentang PKP penuh - Eurocham
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

Realiti Rakyat | Pemulihan: Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 PKS
Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian aliran tunai terkemuka, telah melancarkan Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sebuah hab sehenti bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Pusat itu terdiri daripada tiga bidang yang merangkumi tenderniaga.com, juangtv.com termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 dan bagaimana ia dapat membantu PKS di era pandemik ini kita bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Truecapital, Syed Zed Syed Mustafa.

Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927864521611533734917/1887083_18649241241611533835648_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.

Vaksin COVID-19: Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Katanya, ini adalah kontrak Eropah yang tidak dipatuhi oleh Pfizer dan Astrazeneca.

AWANI Ringkas: Biden mahu pelan AS$1.9 trilion dilulus segera | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih
Bagaimanapun, keadaan itu hanya bersifat sementara dan trend indeks pasaran mula menunjukkan peningkatan.

Pentingnya pelarasan tarif, IWK pastikan pemulihan alam sekitar dan kesihatan awam diteruskan
IWK terus berusaha bagi memikul mandat bagi mengendalikan dan menyelenggara sistem pembentungan awam dengan cekap.

Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.

Dividen ASN 2.02 sen
Pengagihan pendapatan ini memberikan hasil dividen 3.18 peratus berdasarkan jangkaan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 31 Disember 2020.

Top Glove catat untung bersih RM2.38 bilion pada suku pertama
Top Glove sekali lagi catat prestasi kewangan bersejarah apabila keuntungan bersihnya mencecah paras tertinggi bagi suku pertama berakhir 30 Nov, 2020.

Petronas laksana penyelesaian karbon rendah bagi capai aspirasi NZCE 2050
Ia adalah susulan daripada deklarasi Sifar Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) menjelang 2050 pada Oktober lepas.

Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion
TNB mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion tahun lalu.

Untung bersih Petronas Dagangan pada suku ketiga merosot kepada RM212.66 juta
Hasil berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.

LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan
LUAS melaksanakan beberapa langkah bagi merawat Sungai Selangor bagi memastikan bekalan air selamat digunakan semula di rumah dan premis perniagaan.