Ketua Pegawai Kewangan MSM diarah bercuti untuk mudahkan siasatan dalaman

Bernama
November 3, 2023 08:12 MYT
MSM dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata "garden leave" atau cuti sementara Mazatul 'Aini Shahar itu adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 15 Disember 2023 atau sehingga notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah.
MSM dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata "garden leave" atau cuti sementara Mazatul 'Aini Shahar itu adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
"MSM akan meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa. Pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan material mengenai perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
#MSM #Ketua Pegawai Kewangan #Mazatul 'Aini Shahar #siasatan dalaman #arahan bercuti