awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Peranti Amazon Dave Limp tinggalkan syarikat akhir tahun ini

Bernama
Bernama
15/08/2023
04:01 MYT
Ketua Peranti Amazon Dave Limp tinggalkan syarikat akhir tahun ini
Limp berkata bahawa selepas lebih 30 tahun dalam bidang kepenggunaan elektronik dan 13 setengah tahun di Amazon, beliau ingin melihat masa depan "melalui pandangan yang berbeza". - Gambar fail/REUTERS
SEATTLE: Ketua Peranti Amazon, Dave Limp mengumumkan beliau akan meninggalkan syarikat pada akhir tahun ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengganti akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, menurut Ketua Amazon, Andy Jassy, pada Isnin.
Limp berkata bahawa selepas lebih 30 tahun dalam bidang kepenggunaan elektronik dan 13 setengah tahun di Amazon, beliau ingin melihat masa depan "melalui pandangan yang berbeza".
Di bawah pimpinannya, tablet, kotak penstriman, dan peranti Amazon yang paling terkenal iaitu pembesar suara Echo dengan Alexa telah diperkenalkan ke pasaran.
Baru-baru ini, Limp meneruskan rancangan rangkaian satelit global bagi jaringan internet yang dipanggil Kuiper.
Projek ini berpotensi bersaing dengan sistem Starlink milik jutawan teknologi Elon Musk.Bagaimanapun, lebih daripada 3,000 satelit Kuiper masih belum dibina dan dilancarkan ke angkasa.
Amazon juga membeli Zoox, sebuah syarikat yang pakar dalam kereta tanpa pemandu, dan sedang bersedia untuk melancarkan perkhidmatan robotaxi antara lain di Las Vegas.
Limp juga membangunkan robot untuk membantu kerja-kerja menguruskan rumah tangga dan membeli pakar vakum robot iRobot untuk tujuan ini.
Perjanjian ini masih dalam proses pemeriksaan oleh pihak pengawal selia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Peranti Amazon
#Dave Limp
#letak jawatan
#Andy Jassy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan