KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd (FGV) meningkat kepada RM1.32 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 daripada RM1.17 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.
Hasilnya melonjak kepada RM25.56 bilion pada 2022 berbanding RM19.57 bilion, kata FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
FGV berkata, keuntungan dalam bahagian perladangan melonjak kepada RM2.1 bilion untuk tahun kewangan 2022 daripada RM1.6 bilion dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya, kebanyakannya disebabkan oleh harga purata MSM lebih tinggi iaitu RM4,832 setan metrik berbanding RM3,671 satu tan metrik direkodkan dalam tahun kewangan sebelumnya, ditambah dengan volum jualan lebih tinggi sebanyak 19 peratus.
"Prestasi lebih baik itu turut disumbangkan oleh peningkatan margin dalam perniagaan hiliran dan baja serta dirangsang oleh bahagian keuntungan daripada usaha sama berjumlah RM17.26 juta kepada RM106.08 juta pada tahun kewangan semasa," katanya.
Bagaimanapun, sebahagian keuntungan bagi bahagian itu terjejas oleh caj nilai saksama yang lebih tinggi ke atas perjanjian pajakan tanah sebanyak RM352.87 juta berbanding RM3.98 juta didaftarkan pada tahun sebelumnya, katanya.
FGV berkata, pengeluaran tandan buah segar (FFB) meningkat sedikit kepada 3.99 juta tan metrik daripada 3.98 juta tan metrik sekali gus membawa kepada hasil lebih tinggi sebanyak 14.57 tan metrik sehektar.
Bagi bahagian logistik, keuntungan melonjak sebanyak 31 peratus tahun ke tahun disebabkan oleh kadar pengendalian yang lebih tinggi, katanya.
Bagi suku terakhir, FGV mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM337.71 juta berbanding RM465.09 juta pada suku yang sama 2021 manakala hasil berkurangan 1.0 peratus kepada RM6.1 bilion daripada RM6.17 bilion sebelumnya.
Sementara itu, FGV dalam satu kenyataan berkata, keuntungan operasinya mengukuh 27 peratus tahun ke tahun kepada RM2.33 bilion semasa tahun kewangan 2022, paras tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2012 berikutan peningkatan dalam margin produk sawit berikutan purata harga MSM lebih tinggi direalisasikan sebanyak 32 peratus, ditambah pula dengan jumlah pengeluaran lebih tinggi yang dibawa oleh sektor logistik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Nazrul Mansor berkata, bahawa seiring dengan dasar tiada yuran pengambilan FGV untuk penempatan pekerjaan, kumpulan itu akan membayar balik kepada pekerja asing yang bekerja dan bekas pekerja selepas 27 Jun 2019 dan terpaksa membayar yuran pengambilan kepada ejen atau pihak ketiga yang lain di negara asal mereka.
"Bayaran kepada 23,333 pekerja asing kami sekarang berjumlah RM81.64 juta akan dibuat dalam tiga peringkat antara Mac dan September 2023.
"Selain itu, FGV telah mewujudkan dana terikat (sinking fund) berjumlah RM30 juta untuk membayar balik bekas pekerja yang membayar yuran pengambilan semasa bekerja dengan FGV tetapi tidak lagi bekerja dengan syarikat itu," katanya.
Kumpulan itu telah mengumumkan pembayaran dividen akhir sebanyak 11 sen sesaham, diterjemahkan kepada pembayaran dividen sebanyak RM401.30 juta.
Ia mengisytiharkan jumlah pembayaran dividen sebanyak 15 sen sesaham untuk tahun kewangan 2022.
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd (FGV) meningkat kepada RM1.32 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 daripada RM1.17 bilion pada tahun sebelumnya. - Gambar fail

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.

Perniagaan perladangan FGV akan bertambah baik tahun ini - CEO
FGV Holdings Bhd melihat operasi sektor perladangannya akan terus bertambah baik tahun ini.

Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.

FGV tingkat penggunaan mekanisasi kejenteraan, sasar 30% penurunan tenaga buruh
Antara tumpuan FGV ketika ini adalah kepada akses mekanisasi seluas 90,000 hektar iaitu kira-kira satu per tiga daripada ukuran keluasan tanah.

FGV sasar produk makanannya di setiap isi rumah Malaysia menjelang 2030
Kumpulan itu menyasarkan setiap dapur isi rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada rangkaian produk makanannya.

Asrama pekerja hangus terbakar
Kesemua mangsa telah menerima sumbangan kelengkapan daripada JKM dan jabatan-jabatan lain, dan ditempatkan di penempatan sementara.

Nyahsenarai masih kekal risiko utama kepada FGV, CGS-CIMB kekal saranan 'pegang'
Bursa menolak permohonan FGV baru-baru ini untuk mendapatkan lanjutan enam bulan lagi bagi memenuhi sebaran pegangan saham awam.

FGV catat RM1.10 bilion keuntungan sebelum cukai
Keuntungan operasi kumpulan mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion.

Jelajah AKM Kelantan: Jualan minyak masak peket jadi perhatian ramai
Minyak masak peket satu kilogram (kg) dijual pada harga RM2.50 di reruai FGV Holding Berhad.

FGV lantik perunding bebas kaji imbuhan pengarah
FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.