KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 daripada RM320 bagi tempoh sama tahun lepas, dipacu oleh hasil perkhidmatan yang lebih tinggi.
Hasil bagi suku tersebut meningkat 3.0 peratus tahun ke tahun kepada RM2.6 bilion daripada RM2.5 bilion sebelumnya.
Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan 3.3 peratus dalam hasil perkhidmatan untuk perniagaan pengguna dan peningkatan 6.0 peratus untuk perniagaan perusahaan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Selain itu, Maxis juga mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak empat sen sesaham yang akan dibayar pada 24 Jun 2024.
Maxis dalam satu kenyataan hari ini berkata di sebalik pertumbuhan hasil yang kukuh, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan melonjak sebanyak 7.4 peratus tahun kepada RM1.04 bilion apabila margin bertambah baik.
"Perniagaan pengguna Maxis mencatatkan peningkatan sebanyak 3.3 peratus disebabkan oleh hasil pascabayar dan sambungan rumah yang lebih tinggi manakala hasil pascabayar meningkat sebanyak 5.4 peratus, didorong oleh pelbagai tawaran Maxis yang memenuhi setiap segmen.
"Sementara itu, prabayar kekal berdaya tahan walaupun persaingan sengit kerana tawaran yang disesuaikan untuk segmen sasaran membawa kepada pertumbuhan pelanggan," katanya.
Perniagaan perusahaan Maxis merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 6.0 peratus daripada prestasi sambungan tetap dan penyelesaian perusahaan yang lebih kukuh, katanya.
Syarikat telekomunikasi itu berkata ia terus mengurus perbelanjaan modal dengan cekap dengan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai, melabur RM106 juta pada suku tersebut ke dalam pengembangan kapasiti rangkaian, pelancaran gentian dan pendigitalan teknologi maklumat.
"Pendekatan ini adalah komitmen kami untuk menyokong pelancaran 5G negara, ia adalah sejajar sepenuhnya dengan keputusan kerajaan mengenai model penyampaian 5G dan bersedia untuk membina rangkaian 5G yang lain," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Goh Seow Eng berkata prestasi baik pada suku pertama 2024 Maxis mencerminkan strategi pertumbuhan telco bersepadunya.
"Dengan pelaburan tertumpu kami dalam rangkaian dan pendigitalan kami, kami yakin kami akan terus memenuhi keperluan sambungan telekomunikasi pelanggan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Hasil bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 meningkat 3.0 peratus tahun ke tahun kepada RM2.6 bilion daripada RM2.5 bilion sebelumnya.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.