KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.
Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatan meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lepas disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan dan perniagaannya di Indonesia selepas aktiviti perniagaan disambung semula berikutan kes COVID-19 semakin berkurangan.
"Kumpulan itu mengukuhkan operasi perniagaannya di Indonesia dan akan merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedarannya, PT Millennium Pharmacon International Tbk dan meningkatkan portfolio produk cabang pembuatan, PT Errita Pharma.
"Menerusi rancangan perniagaan dan pemasaran strategik tersebut, kumpulan itu memberi tumpuan untuk menggandakan hasil bagi bahagian Indonesia," katanya.
Kumpulan itu berkata penyusunan semula perniagaannya di Indonesia untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui latihan pengoptimuman saham dan kutipan pembayaran yang agresif telah menghasilkan pemulihan yang pantas.
Di peringkat tempatan, kumpulan itu berkata ia sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementerian Kesihatan yang dijadualkan siap menjelang suku ketiga 2022.
Pembangunan vaksin halal dan kemudahan insulin pertama di dunia kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk dikomersialkan menjelang 2025 dan ia akan memanfaatkan rekod prestasinya yang terbukti cemerlang dalam pengendalian dan pengedaran vaksin.
Ia juga komited untuk membawa pengalaman dan kepakarannya ke negara membangun yang lain.
Kumpulan itu optimistik bagaimanpun berhati-hati terhadap pertumbuhan perniagaannya pada masa hadapan kerana menyedari sentimen pasaran global akibat konflik Rusia-Ukraine yang berlanjutan dan tekanan inflasi yang meningkat serta gangguan rantaian bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Pharmaniaga berkata pendapatan meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lepas disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan. - Foto Pharmaniaga

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutuan, Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupan rakyat negeri itu.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zon Halal | Usahawan perlu peroleh pengiktirafan sijil
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarawak kini komited untuk menjadikan Bazar MARA Sarikei sebagai lokasi perniagaan berstatus zon halal. Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman, komitmen tersebut dizahirkan dengan mensyaratkan usahawan premis makanan di bazar itu memperoleh pengiktirafan sijil halal.

Bekalan Air | Peniaga Pasar Karamunting lega sudah ada
Derita peniaga dan pengunjung di Pasar Karamunting, Sandakan, berakhir apabila masalah air yang dihadapi berbulan lamanya dapat perhatian pihak berwajib.

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umum inisiatif
Kerajaan negeri Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia itu tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberi hanya untuk meringankan beban sementara.

Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum meskipun kalendar negeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Politik | Rakyat Sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ia berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan ketika ini.

Tangani Banjir | Bina terusan di Bukit Assek
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg cadangan membina terusan bagi tangani isu banjir di kawasan Bukit Assek, Sibu, telah pun diusulkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Langkah itu juga mampu menjadikan tarikan pelancongan baharu di Sibu seperti Kota Amsterdam, Belanda.

Rundingan GRS | Serahkan sepenuhnya kepada BN Sabah
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada BN sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun sebarang runding perlu dibuat berhati-hati.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Untung bersih Pharmaniaga naik ketara
Pharmaniaga berhad mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai dan zakat sebanyak RM28.9 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 iaitu peningkatan 26.4 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Keuntungan bersih Pharmaniaga naik kepada RM27.73 juta pada suku pertama
Keuntungan bersih sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.

Wanita sewajarnya bersifat terbuka bicara masalah kesihatan secara meluas
Pendidikan awal melibatkan semangat dan keberanian wanita untuk bertanyakan kepada pakar atau doktor tentang kesihatan mereka dilihat amat kritikal dan diperlukan pada masa ini.

Jangan mudah percaya testimoni, rujuk dengan doktor - Pakar perubatan
Tidak semua orang mendapat kesan yang sama daripada penggunaan sesuatu produk perubatan, dikhuatiri boleh membawa mudarat.

Pharmaniaga catat untung RM172 juta selepas cukai pada suku keempat 2021
Pharmaniaga catat keuntungan enam kali ganda iaitu RM172 juta pada suku keempat tahun 2021 berbanding RM26 juta pada 2020.

Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.

Banjir: Pharmaniaga sumbang bantuan kecemasan, perubatan dan sukarelawan
Pharmaniaga turut mengerahkan 230 sukarelawan dalam kalangan pekerjanya bagi membersihkan rumah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat, Puchong dan Shah Alam.

Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.

Bila waktu terbaik ambil dos penggalak?
Dalam dunia yang masih dalam ketidaktentuan berdepan ancaman COVID-19, dos penggalak adalah amat digalakkan sebagai perlindungan tambahan.

Vaksin Sinovac selamat buat kanak-kanak, remaja - Pharmaniaga
Sehingga kini, sebanyak 63 juta dos telah diberikan di China, malah negara itu kini sudah memulakan pemberiannya buat kanak-kanak.