awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewangan Felda kembali kukuh menjelang 2023 - Mustapa

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
12/03/2021
13:05 MYT
Kewangan Felda kembali kukuh menjelang 2023 - Mustapa
Mustapa berkata, perkara itu akan dicapai menerusi strategi baharu Pelan Pemulihan Felda yang dilaksanakan kerajaan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan menjangkakan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dapat diperkukuhkan semula menjelang 2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara itu akan dicapai menerusi strategi baharu Pelan Pemulihan Felda yang dilaksanakan kerajaan khususnya dalam meningkatkan kecekapan dan penstrukturan kewangan.
Katanya, usaha itu termasuk rancangan Felda untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV Holdings Berhad (FGV) yang kini mempunyai saham sebanyak sebanyak 77 peratus.
"Pengurusan Felda yang baharu ini sedang fikir strategi untuk memastikan Felda dapat menguasai sepenuhnya saham dalam FGV sebagai salah satu pelan pemulihan Felda.
"Selain itu, kita juga giat melakukan langkah-langkah dalam meningkatkan kecekapan dan penstrukturan semula kewangan Felda bagi memastikan kedudukannya kembali kukuh menjelang 2023.
"Menerusi 'task force khas' pemulihan Felda yang dipengerusikan Tan Sri Wahid Omar, kita yakin Felda mampu dimantapkan semula dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya dalam sidang media Setahun Malaysia Prihatin di sini.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, Felda juga akan menstrukturkan semula kadar bayaran hutang dalam kalangan peneroka dan perkara itu akan diumumkan pada Mei depan.
"Kita akui peneroka sekarang dibebani hutang yang sangat tinggi dan kerajaan telah buat keputusan menghapuskan kadar faedah terhadap hutang tersebut.
"Sekarang ini, hutang yang perlu dibayar (peneroka ialah sebanyak RM1,000 sebulan, jadi dengan penstrukturan ini kita akan kurangkan dalam satu akan yang akan diumumkan kelak.
"Langkah ini dilihat berjaya dengan mengurangkan beban yang ditanggung peneroka," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#FGV
#Felda
#ekonomi
#kerajaan
#menteri
#Malaysia
#Malaysia Prihatin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan