BISNES
Kewangan Islam bukan sekadar bebas riba - Perdana Menteri Anwar
Perdana Menteri Anwar (duduk, lima dari kanan) hadir pada majlis Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 di Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kewangan Islam tidak boleh dilihat sekadar sebagai sistem patuh syariah bebas riba semata-mata dan ia perlu difahami secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kewangan Islam pada asasnya berkembang lebih jauh sebagai sebahagian daripada kerangka ekonomi berlandaskan Maqasid Syariah.
Menurut beliau, kewangan Islam hanya akan menjadi benar-benar relevan sekiranya menekankan elemen belas kasihan, penyertaan dan keadilan sosial, seperti yang diingatkan tokoh perintis kewangan Islam, Allahyarham Profesor Dr. Muhammad Nejatullah Siddiqi.
“Tanpa elemen-elemen ini, usaha atau instrumen kewangan Islam hanya akan dilihat di pinggiran, bukan sebagai alternatif sebenar kepada ekonomi dan institusi kewangan sedia ada.
"Sifat kewangan Islam sebenarnya bersifat sejagat kerana berakar kepada asas maqasid syariah yang menekankan keadilan, perkongsian risiko dan penolakan penindasan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Anwar menekankan bahawa kejayaan kewangan Islam tidak diukur melalui jumlah aset semata-mata, tetapi melalui kehidupan yang berubah dan masa depan yang lebih terjamin.
Kata beliau, kebelakangan ini semakin banyak institusi termasuk Bank Negara Malaysia, giat menggalakkan penyelidikan serius untuk mengembangkan kewangan Islam dalam kerangka lebih luas.
“Dalam menghadapi perubahan dunia yang pesat, kewangan Islam mesti menjadi peneraju, bukan sekadar meniru instrumen kewangan di New York atau London.
"Sukuk Hijau misalnya boleh membiayai pembangunan lestari, platform digital boleh memperluas akses kewangan, manakala instrumen sosial seperti zakat dan wakaf boleh diperkasakan untuk membangunkan masyarakat,” ujarnya.
Sehubungan itu, kerajaan, kata Anwar, akan terus memberi fokus kepada pembangunan bakat, kecemerlangan kawal selia, serta inovasi untuk memperkukuh peranan kewangan Islam dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pada majlis sama juga, Perdana Menteri Anwar menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau menjadikan Malaysia peneraju kewangan Islam dunia.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA), Dr. Humayon Dar.