awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyakinan perniagaan merosot 21.3 peratus suku ketiga

Najib Aroff
Najib Aroff
26/08/2021
06:07 MYT
Keyakinan perniagaan merosot 21.3 peratus suku ketiga
Melihat kepada sentimen enam bulan ke depan, peniaga pesimis terhadap prospek perniagaan mereka bagi tempoh sehingga Disember 2021 susulan penularan COVID-19 yang masih tinggi, kata Mohd Uzir Mahidin. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku ketiga 2021 menyusut kepada 21.3 peratus berbanding penyusutan 3.1 peratus suku sebelumnya, kata Jabatan Statistik dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, kesemua sektor yang dikaji menjangkakan perniagaan kurang mengalakkan untuk suku ketiga berikutan situasi pandemik COVID-19.
"Petunjuk keyakinan bagi sektor Perdagangan Borong dan Runcit merosot ke trajektori negatif dengan-39.4 peratus berbanding +5.6 peratus pada suku tahun kedua 2021 disebabkan oleh peniaga yang kurang berkeyakinan terhadap keadaan perniagaan mereka untuk tempoh tiga bulan akan datang bagi kedua-dua subsektor iaitu Perdagangan Borong dan Perdagangan Runcit," katanya.
Sementara itu, sektor industri dan perkhidmatan menunjukkan lebih pesimis dengan petunjuk keyakinan masing-masing menyusut kepada -11 peratus dan -22.8 peratus.
Sektor pembinaan juga menjangkakan keadaan perniagaan mereka merosot suku ketiga dengan -45 peratus berbanding -30.5 peratus suku sebelumnya.
Kajian turut mendapati 39.9 peratus syarikat meramalkan hasil kasar mereka kekal sama.
Dalam masa sama, dari sudut pekerjaan, majoriti pertubuhan yang dikaji atau 76.5 peratus meramalkan untuk mengekalkan pekerja mereka, 8.5 peratus akan mengambil pekerja baharu dan 15 peratus akan mengurangkan pekerja.
Melihat kepada sentimen enam bulan ke depan, peniaga pesimis terhadap prospek perniagaan mereka bagi tempoh sehingga Disember 2021 susulan penularan COVID-19 yang masih tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Keyakinan perniagaan
#DoSM
#Jabatan Statistik
#ekonomi
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan