awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali

Bernama
Bernama
11/02/2025
01:30 MYT
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Perintah kerja adalah bagi penyewaan dua unit bot kerja penginapan kedudukan dinamik, untuk Petronas Carigali, di bawah Kontrak Kontraktor Panel bagi Perkhidmatan Kapal Sokongan Luar Pesisir. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima anugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024 yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
Keyfield International dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, perintah kerja tersebut bagi penyewaan dua unit bot kerja penginapan kedudukan dinamik, untuk Petronas Carigali di bawah Kontrak Kontraktor Panel bagi Perkhidmatan Kapal Sokongan Luar Pesisir.
"Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
"Kedua-duanya bermula pada Januari 2025 dan mempunyai nilai gabungan kira-kira RM56 juta," katanya.
Keyfield International berkata WOA dan WOE dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
Pada penutup dagangan, harga saham Keyfield International merosot dua sen kepada RM2.33.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Keyfield
#perintah kerja
#Petronas Carigali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan