Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.
Berdasarkan pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion itu, syarikat akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia menjelang hujung tahun dan syarikat baharu (Newco) akan diwujudkan bagi meneruskan perniagaan syarikat.
Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu secara menyeluruh dan seiring perkembangan semasa, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS.
Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar berkata akta baharu itu sangat penting sebagai akta yang membolehkan dan usulnya dijangka dibawa oleh perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Okt.
"Akta ini perlu disegerakan namun kami boleh menunggu sehingga tahun baharu bermula," katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrends Khazanah 2014, di sini hari ini.
Beliau berkata Khazanah Nasional sudah memulakan usaha untuk menggubal Akta MAS dengan Pejabat Peguam Negara.
Azman berkata sebulan selepas pelan pemulihan MAS itu diumum, banyak sesi komunikasi antara Khazanah Nasional, MAS dan kerajaan diadakan.
Sementara itu, Azman hari ini turut mengesahkan bahawa Khazanah Nasional akan menyenaraikan Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd di Bursa Malaysia, namun perkara tersebut tidak akan dibuat pada tahun ini.
"Syarikat taman tema itu mencatat prestasi baik dan kita tidak mahu tergesa-gesa menyenaraikannya.
"Ini satu keputusan yang akan dibuat secara bersama oleh lembaga pengarah Khazanah dan Themed Attractions," katanya.
Bernama
Mon Sep 29 2014
Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS. - Gambar Fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Khazanah harap kerajaan gubal Akta MAS tahun depan
Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.