awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/01/2025
11:30 MYT
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan
Pelancaran kiosk itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis. - Foto/Abdul Wafi Norazmi
PUTRAJAYA: Enam kiosk digital Sentuhan Madani dilancarkan di Pusat Beli-belah Alamanda menawarkan akses mudah kepada orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika ditemui pada majlis pelancaran kiosk tersebut berkata, inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang.
"Ini fasa yang pertama. Kami dimaklumkan set kedua akan diletakkan di KL Sentral manakala ada sejumlah lagi akan diuruskan kemudian.
"Pelbagai perkhidmatan dirangkumkan untuk diletakkan di satu tempat, jadi kita alu-alukan semua untuk memanfaatkan kemudahan ini," katanya.
Inisiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2025 itu bertujuan untuk memodenkan penyampaian perkhidmatan awam dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih baik.
Enam buah kiosk digital itu menawarkan lebih 90 jenis perkhidmatan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID (MIMOS), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Fahmi juga berharap lebih ramai rakan korporat menyertai inisiatif tersebut melalui usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pelancaran kiosk itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Topic Berkaitan
#kiosk madani
#Fahmi Fadzil
#perkhidmatan kerajaan
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan