Ringkasan AI
- Kerajaan komited menambah baik pelaksanaan inisiatif KL20 untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula negara.
- Program seperti Unicorn Pass dan VC Golden Pass diteruskan, namun beberapa aspek memerlukan penambahbaikan untuk memenuhi matlamat ditetapkan.
- KL20 tahun ini turut menekankan kemajuan pembangunan cip teknologi Arm untuk industri strategik seperti dron, data dan kenderaan autonomi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan inisiatif KL20 bagi memperkukuh ekosistem syarikat pemula (startup) negara.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata program yang diperkenalkan sebelum ini masih diteruskan, dengan beberapa aspek memerlukan penambahbaikan.
Menurutnya, usaha tersebut penting bagi memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan dapat memenuhi matlamat yang telah ditetapkan.
“Kita perlu mengakui terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik kerana masih ada kekangan dan isu yang perlu ditangani,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena KL20 The Flagship 2026 di The Campus, di sini, pada Isnin.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau ditanya mengenai kesinambungan program terdahulu, termasuk Unicorn Pass dan VC Golden Pass.
Akmal menjelaskan kedua-dua inisiatif itu masih diteruskan, namun tidak memperincikan aspek khusus yang memerlukan penambahbaikan.
Menurutnya, KL20 tahun ini turut memberi tumpuan kepada kemajuan program yang telah diperkenalkan sejak 2024.
Antaranya, perkembangan penerima token teknologi Arm yang kini membangunkan cip bagi kegunaan beberapa industri strategik.
Teknologi itu melibatkan pembangunan cip untuk industri dron, sistem penyimpanan data dan kenderaan autonomi.
Akmal berkata perkembangan berkenaan merupakan antara hasil pelaksanaan inisiatif yang mahu diketengahkan menerusi KL20 tahun ini.
Dalam pada itu, beliau menegaskan usaha memperkukuh ekosistem syarikat pemula memerlukan komitmen berterusan daripada pelbagai pihak.
Menurutnya, kerjasama kementerian dan agensi penting bagi menyokong syarikat pemula pada peringkat pembangunan dan pengembangan operasi.
Beliau berkata pencapaian ekosistem berkenaan juga perlu dinilai berdasarkan sumbangan kepada ekonomi negara dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.
Akmal menegaskan kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif sedia ada bagi memastikan pembangunan ekosistem syarikat pemula negara bergerak seiring dengan sasaran jangka panjang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama inisiatif KL20?
A: Tujuan utama inisiatif KL20 adalah untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula (startup) negara. - Q: Apakah program terdahulu yang masih diteruskan di bawah KL20?
A: Program terdahulu yang masih diteruskan termasuk Unicorn Pass dan VC Golden Pass. - Q: Apakah antara hasil pelaksanaan inisiatif KL20 tahun ini?
A: Antara hasilnya ialah perkembangan penerima token teknologi Arm yang membangunkan cip untuk industri dron, sistem penyimpanan data dan kenderaan autonomi. - Q: Apakah keperluan utama bagi memperkukuh ekosistem syarikat pemula menurut Menteri Ekonomi?
A: Keperluan utama ialah komitmen berterusan daripada pelbagai pihak serta kerjasama kementerian dan agensi untuk menyokong syarikat pemula. - Q: Bagaimana pencapaian ekosistem syarikat pemula dinilai?
A: Pencapaian dinilai berdasarkan sumbangan kepada ekonomi negara dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.