KUALA LUMPUR: Pasaran modal Islam terbukti berdaya tahan semasa pandemik COVID-19 dan mewujudkan impak yang besar kepada ekonomi di seluruh dunia, dengan terbitan sukuk global meningkat pada 2020, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Sejumlah AS$172.1 bilion sukuk telah diterbitkan pada tahun lepas, meningkat 1.8 peratus daripada 2019, titah baginda, sambil menambah terdapat momentum yang kukuh dalam pasaran sukuk utama, terutamanya dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020.
"Terbitan ini membantu membiayai pakej rangsangan yang diperkenalkan untuk mengurangkan impak ekonomi daripada pandemik tersebut.
"Pertumbuhan defisit fiskal ini membawa kepada peningkatan keperluan pembiayaan," titah baginda dalam ucapan perasmian pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-16, yang diadakan secara maya hari ini.
Sultan Nazrin bertitah terbitan sukuk berkurangan pada suku keempat, dengan penurunan yang ketara dalam terbitan sukuk negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), terutamanya dari Arab Saudi.
Ini menunjukkan kejayaan penjanaan modal yang dijalankan pada suku tahun sebelumnya, serta langkah-langkah lain yang diambil untuk mengurangkan defisit.
Di peringkat domestik, Malaysia turut memanfaatkan sumber pembiayaan ini dan meraih RM666 juta pada Ogos 2020 untuk inisiatif '6R' - Menyelesaikan (Resolve), Berdaya Tahan (Resilience), Memulakan Semula (Restart), Pemulihan (Recovery), Memperkasakan (Revitalise) dan Pembaharuan (Reform) - sebagai tindak balas terhadap krisis tersebut, titah baginda.
Terbitan kedua sekurang-kurangnya RM100 juta dirancang, untuk membiayai penyelidikan mengenai penyakit berjangkit, termasuk pembangunan vaksin, rawatan dan diagnostik, titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah industri kewangan Islam secara keseluruhannya mencatatkan kelembapan pada 2020 berikutan pandemik berbanding pertumbuhan yang pesat sebanyak 13 peratus pada 2019, dengan banyak negara-negara Islam turut menyesuaikan dengan harga minyak yang rendah dalam sejarah.
Menurut petunjuk dari Emiriah Arab Bersatu, kadar penembusan perbankan Islam - iaitu, peratusan pelanggan yang mempunyai sebarang produk kewangan Islam - merosot pada 2020 untuk kali pertama sejak pengukuran bermula pada 2015, titah baginda.
Kadar penembusan pasaran hanya 47 peratus pada masa itu, tetapi meningkat dengan baik mencecah 60 peratus pada 2019, sebelum turun kepada 58 peratus pada 2020, titah baginda.
"Antara cabaran utama yang dihadapi oleh bank Islam ialah pendedahan mereka kepada perusahaan kecil dan sederhana, pembiayaan mikro dan pelanggan runcit, berbanding institusi kewangan konvensional.
"Sektor ini telah terjejas teruk dalam sekatan ekonomi yang diperlukan untuk menguruskan pandemik ini," titah baginda.
Dalam perkembangan lain, Sultan Nazrin menggesa agar semua pihak berkepentingan dalam pasaran kewangan global untuk bertindak memajukan serta memacu sumbangan masing-masing bagi menyokong serta memperkasa semula inisiatif Matlamat Pertumbuhan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).
Titah baginda, impak COVID-19 terhadap golongan paling mudah terjejas dalam komuniti global adalah sesuatu yang membimbangkan dan pandemik itu turut mengekang kemajuan beberapa petunjuk utama SDG tersebut.
"Kelompok masyarakat yang sememangnya telah terjejas turut berdepan kemiskinan lebih buruk berikutan langkah sekatan ekonomi yang mengurangkan pekerjaan serta pendapatan sektor yang melibatkan mereka.
"Ini bermakna, kita perlu berusaha lebih lagi untuk menyokong serta memperkasa semula inisiatif SDG. Usaha ini adalah wajar serta penting dan perlu kita semua lakukan selain menyumbang dalam apa juga cara yang mampu," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, kewangan Islam juga berkait rapat dengan SDG dan boleh memainkan peranan bagi mencapai semua matlamat tersebut menerusi aspek keterangkuman kewangan.
Baginda bertitah, mekanisme penting bagi menangani kemiskinan adalah dengan memperluas manfaat pengantaraan kewangan kepada lebih ramai masyarakat.
Bagaimanapun, dari segi praktis, ramai yang masih kekal di luar sektor perbankan rasmi berikutan kos tinggi bagi menjangkau kumpulan berpendapatan rendah serta menawarkan perkhidmatan kewangan terbabit kepada mereka, titah baginda.
Berikutan itu, Sultan Nazrin percaya bahawa penggunaan teknologi adalah penyelesaian terbaik bagi usaha tersebut yang dapat mengurangkan keperluan hubungan secara fizikal selain menangani jurang komunikasi dengan kumpulan berpendapatan rendah yang wujud sejak sekian lamanya.
"Ini dapat memberi sumbangan terhadap keterangkuman kewangan secara lebih ketara dan mekanisme ini dapat membasmi kemiskinan," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, teknologi pintar juga telah melonjakkan aspek kelajuan, ketepatan, ketelusan serta penjejakan transaksi selain dapat memperkukuh pemprofilan pelanggan, keupayaan telahan atau membuat unjuran, membuat keputusan serta pengukuran impak.
Kesemua standard baharu yang telah dicapai dalam semua bidang tersebut juga kian pantas menjadi keperluan penting dalam dunia kewangan model yang amat kompetitif serta dikawalselia dengan ketat, titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, institusi kewangan Islam juga berada pada kedudukan sewajarnya untuk menerima semua pendekatan baharu bagi perbankan.
"Penggunaan algoritma pintar serta analisis data raya dan Kecerdasan Buatan dapat membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan kepada semua segmen komuniti secara lebih berkesan dan pada kos lebih rendah.
"Menerusi cara ini, mereka tidak hanya berupaya memenuhi matlamat sebagi perniagaan, tetapi berupaya menyumbang terhadap kepentingan moral untuk membantu golongan yang memerlukan," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Sultan Nazrin bertitah, institusi kewangan Islam juga berada pada kedudukan sewajarnya untuk menerima semua pendekatan baharu bagi perbankan. - Gambar fail
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
KLIFF: Pasaran modal Islam terbukti berdaya tahan semasa pandemik - Sultan Nazrin
Sejumlah AS$172.1 bilion sukuk telah diterbitkan pada tahun lepas, meningkat 1.8 peratus daripada 2019, titah baginda.